Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu Mercedes itu merasakan kejuaraan kelima adalah satu pencapaian yang membanggak­an

-

KOTA MEXICO, Mexico: Lewis Hamilton merasakan kejuaraan dunia Formula Satu (F1) yang kelima adalah pencapaian paling membanggak­an dan beliau mahu mengesahka­nnya dengan memenangi perlumbaan Grand Prix Mexico Ahad ini.

Pemandu pasukan Mercedes itu, yang akan menyamai rekod bintang Argentina, Juan Manuel Fangio sebagai juara dunia lima kali, perlu menamatkan perlumbaan di tangga ketujuh untuk mengesahka­n kejuaraan dunia dengan berbaki dua perlumbaan sahaja lagi musim ini.

Hamilton memenangi kejuaraan dunia keempatnya tahun lepas dengan menamatkan perlumbaan di sini di tempat kelima selepas berlanggar dengan Sebastian Vettel dari Ferrari di permulaan perlumbaan.

“Ia satu bonus tambahan kepada satu tahun hebat apabila anda memenangi perlumbaan untuk memenangi kejuaraan. Sasaran saya ialah untuk cuba memenangi perlumbaan hujung minggu ini,” katanya kepada wartawan Khamis lepas.

“Saya masih ingat apabila memenangi kejuaraan pertama (pada 2008), salah seorang bekas juara ada berkata ia DISERBU PEMINAT: Hamilton melayan kerenah peminatnya semasa tiba di Mexico untuk Formula Satu Grand Prix Mexico di Autodromo Hermanos Rodriguez, Mexico City. sentiasa sukar untuk memenangin­ya buat kali kedua, sesuatu yang saya rasai.

“Kejuaraan pertama sememangny­a hebat tetapi selepas itu, ia semakin sukar untuk memenangin­ya.”

Hamilton berkata musim ini adalah salah satu musim paling menggembir­akan dalam kariernya, selepas cabaran yang dihadapiny­a.

“Jadi jika saya memenangi kejuaraan ia mungkin kejuaraan yang paling membanggak­an dan sesuatu yang lebih dihargai,” tambahnya.

Hamilton menang sembi- lan perlumbaan musim ini berbanding lima kali oleh Vettel dan memiliki kelebihan 70 mata berbanding Vettel.

Satu lagi kemenangan akan menjadikan ia kali ke- 72 dalam kariernya, kurang 19 kemenangan dari rekod yang dimiliki Michael Schumacher, pemandu paling berjaya dalam F1.

Ahad ini adalah peluang kedua untuk Hamilton mengesahka­n kejuaraan dunia selepas gagal melakukann­ya di Texas minggu lepas apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketiga. — Reuters

 ??  ??
 ??  ?? FEDERER
FEDERER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia