Utusan Borneo (Sarawak)

Federer mara ke suku akhir Kejohanan Basel

-

BASEL, Switzerlan­d: Roger Federer mencipta kemenangan ke- 17 berturut- turut beliau pada kejohanan Dalam Dewan Swiss di sini selepas menewaskan Jan- Lennard Struff 6- 3 dan 7- 5 untuk melangkah ke peringkat suku akhir kejohanan Khamis lepas.

Pemain pilihan pertama kejohanan itu, yang belum tewas di sini sejak 2013 dan muncul juara lapan kali, akan menentang pemain dari Perancis, Gilles Simon, yang menewaskan Ernest Gulbis dari Latvia 7-6(7/4) dan 76(7/0).

Federer mengakui beliau tidak berpuas hati dengan permulaan perlahan apabila ketinggala­n pada permainan ketiga.

“Saya tidak mempunyai rentak di awal permainan. Ia agak lama sejak saya bermain di mana saya ketinggala­n awal. Saya harus memperbaik­i permainan saya di perlawanan seterusnya.”

Jaguh Switzerlan­d itu, yang berada di ranking ketiga dunia, ketinggala­n 0-3 sebelum mengikat kedudukan 3-3 pada set pertama.

Beliau kemudian mendahului 5-3 sebelum menamatkan set pertama dalam masa 27 minit.

Pada set kedua, beliau dipaksa bekerja-keras selepas Struff memberikan saingan yang kuat pada setiap mata tetapi pengalaman lebih memihak kepadanya untuk meneruskan kemaraan ke suku akhir.

Pada perlawanan lain, pilihan keempat, Stefanos Tsitsipas menewaskan Peter Gojowczyk dari Jerman 6-3 dan 6-1 untuk menentang pemain Rusia, Daniil Medvedev, yang menewaskan Andreas Seppi dari Itali 7-6(7/5) dan 6-2.

Medvedev memenangi tiga kejuaraan musim ini – di Sydney, Winston-Salem dan di Tokyo. Beliau juga pernah menewaskan Tsitsipas pada dua pertemuan musim ini, di Miami dan Terbuka Amerika.

Tsitsipas memenangi kejuaraan ATP pertama dalam kariernya di Stockholm minggu lepas.

“Saya bermain dengan baik,” kata Tsitsipas, pemain ranking ke-16 dunia. “Saya fikir persaingan di antara pemain muda semakin kuat sekarang berbanding saingan nama-nama besar. — AFP

 ??  ?? BERSEDIA: Tiga atlet taekwondo KV Bintulu Joseph (kiri), Marylyne dan Aisyah (kanan) bersama Jamali (tiga kiri), Fatimah (tiga kanan) dan John (dua kiri) sedia mencabar pada Kejohanan Taekwondo Antarabang­sa TIRAK Ke-8 di Thailand.
BERSEDIA: Tiga atlet taekwondo KV Bintulu Joseph (kiri), Marylyne dan Aisyah (kanan) bersama Jamali (tiga kiri), Fatimah (tiga kanan) dan John (dua kiri) sedia mencabar pada Kejohanan Taekwondo Antarabang­sa TIRAK Ke-8 di Thailand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia