Utusan Borneo (Sarawak)

Real Madrid peroleh pembayaran 88.6 juta euro dari UEFA

-

PARIS, Perancis: Real Madrid memperoleh­i pembayaran lebih dari 88.6 juta euro dari badan induk bola sepak Eropah (UEFA) selepas kejayaan mencipta rekod memenangi Piala Eropah buat kali ke-13 musim lepas.

UEFA membayar sejumlah keseluruha­n 1.412 bilion euro kepada semua kelab yang terlibat di pusingan pertama Liga Juara-Juara musim 2017/2017, dan juga 10 pasukan yang tersingkir di playoff.

Wang diperuntuk­kan berdasarka­n prestasi dan pembayaran “tabung pasaran”, yang ditentukan dengan nilai pasaran TV dalam setiap negara.

Naib juara, Liverpool, mengumpul 81.3 juta euro, sedikit kurang dari 83.8 juta euro dibayar kepada AS Roma yang hanya melangkah ke separuh akhir sementara Juventus menerima 80.1 juta.

Bayern Munich, yang tewas kepada Real Madrid di separuh akhir, berada di tempat kelima dengan bayaran 70.5 juta euro.

Kelab- kelab yang tersingkir di pusingan pertama menerima di antara 17.4 dan 46.5 juta berdasarka­n keputusan, dengan setiap pasukan yang layak ke kejohanan itu dijamin pembayaran minima 12.7 juta euro.

Kelab yang tewas di peringkat playoff kelayakan menerima minima 3 juta euro.

“Di bawah sistem pengedaran untuk kitaran komersial 2015/2018, semua pendapatan dari pertanding­an kelab – termasuk jualan tiket dan pakej hospitalit­i dari Liga Juara-Juara dan Liga Europa dan Piala Super – dikumpulka­n secara berpusat dan diberikan semula kepada kelabkelab dalam Liga JuaraJuara dan Liga Europa,” kata UEFA dalam satu kenyataan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia