Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia naik dua anak tangga untuk ranking ke-169

-

KUALA LUMPUR: Kedudukan skuad bola sepak negara atau lebih dikenali sebagai Harimau Malaya naik dua anak tangga dari nombor 171 ke nombor 169 dalam ranking terkini Persekutua­n Persatuan Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA) bulan ini.

Menurut kenyataan terkini persekutua­n antarabang­sa itu dalam laman sesawangny­a, www.fifa.com, Harimau Malaya mengumpul 974 mata untuk berada dalam kelom- pok negara seperti Fiji (167), St.Lucia (168), Kemboja (170) dan Moldova (171).

Kemenangan 4-1 dengan Sri Lanka dan kekalahan tipis 0-1 kepada Kyrgyztan, pasukan ranking 91 dunia (kini 90) membantu pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe memperbaik­i kedudukann­ya dalam ranking dunia mengikut bulan.

Ini kali pertama skuad Harimau Malaya memperbaik­i kedudukann­ya sejak peningka- tan lapan anak tangga dari 178 ke 170 pada April tahun ini.

Bagaimanap­un, Malaysia masih ketinggala­n jauh dari negara Asia Tenggara, yang mana Vietnam di kedudukan ke-102, diikuti Filipina (116), Thailand ( 121), Myanmar (141), Indonesia (160) dan Singapura (165).

Iran meneruskan penguasaan di rantau Asia selepas naik tiga anak tangga ke tangga ke-30, diikuti Australia (42), Jepun (50) dan Korea Selatan ( 53) sementara Sri Lanka berada di kedudukan ke-201 dalam kalangan 211 negara yang termasuk dalam ranking FIFA.

Belgium mengekalka­n kedudukann­ya sebagai pasukan nombor satu dunia dengan 1,733 mata selepas Juara Piala Dunia 2018, Perancis yang berkongsi kedudukan teratas bersama Belgium bulan lepas, turun ke tangga kedua dengan perbezaan satu mata. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MILIK SIAPA?: Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic (kiri) bersama ketua jurulatih Terengganu FC, Irfan Bakti Salim (kanan), Kapten Pasukan Perak Shahrul Saad (dua kiri) dan Kapten Pasukan Terengganu FC, Kipre Tchetche (dua kanan) bersama Piala Malaysia.
— Gambar Bernama MILIK SIAPA?: Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic (kiri) bersama ketua jurulatih Terengganu FC, Irfan Bakti Salim (kanan), Kapten Pasukan Perak Shahrul Saad (dua kiri) dan Kapten Pasukan Terengganu FC, Kipre Tchetche (dua kanan) bersama Piala Malaysia.
 ?? — Gambar Bernama ?? SEMAK: Seorang petugas membuat pemeriksaa­n ke atas penyokong Terengganu dan Perak yang beratur bagi menebus tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2018 yang dibeli secara dalam talian di Stadium Shah Alam, semalam.
— Gambar Bernama SEMAK: Seorang petugas membuat pemeriksaa­n ke atas penyokong Terengganu dan Perak yang beratur bagi menebus tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2018 yang dibeli secara dalam talian di Stadium Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia