Utusan Borneo (Sarawak)

KBS perkenalka­n dua inisiatif untuk atlet

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) bakal memperkena­lkan dua inisiatif iaitu membuka peluang perkerjaan dan program perlindung­an kesihatan kepada atlet negara dijangka tahun depan.

Timbalan Menterinya, Steven Sim berkata KBS sedang melakukan projek perintis dengan 10 syarikat swasta untuk menawarkan perkerjaan kepada atlet negara di bawah kendalian Majlis Sukan Negara (MSN).

“Syarikat swasta terpilih itu adalah organisasi besar contohnya dalam bidang perbankan, teknologi maklumat dan automotif. Tempoh masa berkerja mereka mungkin dari 10 hingga 15 jam. Namun butiran lanjut mengenai masa, elaun atau gaji kepada atlet masih diperhalus­i.

“Contohnya dalam sukan badminton, kebanyakan mereka menjalani latihan tiga sehinga enam jam sehari, maksudnya selepas latihan mereka mmempunyai masa dan boleh berkerja,” katanya kepada pemberita selepas meninjau latihan atlet badminton di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara di sini, semalam.

Sim berkata kementeria­n sangat prihatin dengan masa depan atlet negara agar kehidupan mereka selepas bersara masih terjamin.

“Kita tidak mahu atlet berada dalam dilema. Apabila turun di lapangan menjalani latihan atau menyertai kejohanan, tidak timbul kerisauan mereka mengenai nasib mereka selepas bersara nanti. Kerajaan sedang membantu para atlet dan perkembang­an mereka, bukan meraih pingat emas semata-mata,” katanya.

Sim berkata menerusi MSN juga, inisiatif perlindung­an kesihatan diperluask­an kepada atlet dan bekas atlet.

“Antara perbelanja­an terbesar Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) adalah perbelanja­an perubatan. Apabila perlindung­an kesihatan diperluask­an, insiatif ini akan membantu mengurangk­an ( perbelanja­an) YAKEB,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia