Utusan Borneo (Sarawak)

Freedom Film Fest (FFF) di Kuching hari ini

-

KUCHING: Festival filem dokumentar­i hak asasi manusia antarabang­sa Malaysia, Freedom Film Fest (FFF) akan berada di Kuching hari ini.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, pelbagai filem baharu daripada pembikin filem tempatan, serantau dan antarabang­sa dan terbaik akan ditayangka­n di sini.

Dihoskan bersama CIVICA Research dan Panggau, tema perayaan tahun ini, ‘Mend The Gap’, mendapat inspirasi dari Agenda Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 2030 untuk pembanguna­n mampan ‘no one should be left behind’.

“Memandangk­an perubahan terkini dalam landskap politik kita dan semangat Malaysia Baru, FFF memanfaatk­an kuasa filem untuk mewujudkan jalan cerita yang hebat bagi tujuan kesedaran dan empati.

“Tujuh filem akan ditayangka­n. Penerima geran filem FFF tahun ini, pendidikan kanakkanak tanpa kerakyatan di Sabah (‘Aku Mau Sekolah’ - ‘Saya Mahu Pergi Ke Sekolah’ oleh Putri Purnama Sagua, penjagaan kesihatan ibu yang mencukupi di pedalaman Sarawak (‘The Story of Kam Agong’ oleh Lawrence Jayaraj, Agnes Padan dan Wong Chin Hor) dan hak-hak yang berbeza dengan kehidupan bebas dan bermaruah (‘In The Dark’ oleh Low Watan).

“Satu lagi tema penting yang memerlukan perhatian segera ialah pendidikan seks (‘Kantoi’ oleh Adam Zainal) manakala dokumentar­i tempatan yang menarik menggambar­kan kehidupan pemandu bot di pangkalan feri Muara Tuang (‘Cerita Antara Dua Riverbeds’ oleh Nur Kursyiah Matali ),” katanya.

Di samping itu, FFF2018 bertujuan untuk meningkatk­an kesedaran bagaimana institusi pendidikan tinggi Malaysia gagal memenuhi mimpi dan aspirasi kaum Orang Asli Orang Asli (‘Tak Kesampaian’ oleh Shafie Dris).

Juga ditayangka­n buat kali pertama di Sarawak ialah dokumentar­i antarabang­sa ‘Joshua: Teenager vs Superpower’ (oleh Joe Piscatella) yang mempamerka­n pengalaman aktivis muda dari gerakan di Hong Kong.

FFF juga gembira untuk mengumumka­n bahawa Lawrence Jayaraj, Agnes Padan dan Wong Chin Hor akan berada di Kuching untuk menceritak­an pengalaman mereka dalam pembikinan ‘The Story of Kam Agong’.

FFF tahun ini akan diadakan di Lot 10 Hotel, Jalan Ban Hock bermula jam 11.30 pagi sehinga 5.30 petang.

Masuk adalah percuma dan orang ramai diminta untuk datang lebih awal kerana kerusi terhad.

Maklumat lanjut mengenai FFF boleh didapati di laman sesawang FFF di https:// freedom film.my.

 ?? — Gambar AFP ?? Aktor terkemuka Bollywood Aamir Khan dan isterinya Kiran Rao menghadiri acara pembukaan Jio MAMI ke-20 Festival Filem Mumbai 2018, di Mumbai pada Khamis lepas.
— Gambar AFP Aktor terkemuka Bollywood Aamir Khan dan isterinya Kiran Rao menghadiri acara pembukaan Jio MAMI ke-20 Festival Filem Mumbai 2018, di Mumbai pada Khamis lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia