Utusan Borneo (Sarawak)

Netflix pertahan musim kedua ‘Sacred Games’

- Oleh Vibhuti Sharma

NETFLIX Inc berkata ia akan kekal bersama pasukan di sebalik siri popular dari India ‘Sacred Games’ untuk musim kedua ekoran siasatan bebas ke atas dakwaan tentang gangguan seksual terhadap dua individu yang terlibat dalam siri tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dihantar menerusi emel kepada Reuters, Netflix berkata ia akan terus bekerja dengan penulis utama siri tersebut, Varun Grover, seorang daripada dua lelaki yang dituduh dalam gelombang dakwaan #MeToo di India sejak beberapa minggu lepas.

Ia berkata ia akan terus bekerja sama dengan kedua-dua pengarah, Vikramadit­ya Motwane dan Anurag Kashyap, dari Phantom Films, syarikat penerbitan di sebalik siri aksi yang berlatarbe­lakangkan Mumbai itu, yang tidak disebut dalam dakwaan yang dibuat.

Netflix mengumumka­n musim kedua bagi ‘Sacred Games’ pada September lepas, tetapi mengalami masalah pada awal bulan ini apabila Phantom Films dibubarkan selepas diselubung­i dakwaan tentang salah seorang rakannya, Vikas Bahl, dan Grover.

Kedua-dua lelaki mena- fikan tuduhan berkenaan.

Bahl tidak disenaraik­an sebagai penerbit pada musim pertama.

Netflix tidak memberi maklumat tentang hasil siasatan.

“Selepas siasatan bebas, hasilnya membantu Netflix untuk membuat keputusan bagi meneruskan kerja sama dengan Vikramadit­ya Motwane dan Anurag Kashyap dalam musim kedua ‘Sacred Games’,” kata syarikat itu.

“Kami terus bekerja sama dengan rakan penerbitan kami untuk memastikan dan memelihara persekitar­an kerja yang selamat dan hormat.”

Kashyap, yang mengarah musim pertama, menyebut dalam satu kenyataan pada bulan ini dalam akaun Twitternya bahawa dia menyesal kerana tidak mengambil tindakan ekoran dakwaan tentang salah laku seksual yang dibuat terhadap Bahl, penerbit yang juga rakan kongsinya, pada 2015.

 ??  ?? AKAN KEMBALI DENGAN MUSIM KEDUA: Saif Ali Khan (tiga kanan) bersama barisan pelakon ‘Sacred Games’ yang lain semasa tayangan perdana musim pertama siri Netflix itu baru-baru ini.
AKAN KEMBALI DENGAN MUSIM KEDUA: Saif Ali Khan (tiga kanan) bersama barisan pelakon ‘Sacred Games’ yang lain semasa tayangan perdana musim pertama siri Netflix itu baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia