Utusan Borneo (Sarawak)

PM Jepun adakan lawatan ‘luar biasa’ ke China Tatkala hubungan kedua-dua negara semakin pulih, berdepan cabaran dagangan daripada AS

-

BEIJING: Shinzo Abe dari Jepun memeriksa barisan tentera tidak jauh dari Dataran Tiananmen di Beijing semalam dalam lawatan yang amat jarang sekali dibuat ke China selepas hubungan semakin pulih dan kedua-dua negara berdepan dengan cabaran dagangan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Perdana Menteri Li Keqiang menyambut Abe sementara bendera Jepun berkibar di luar Dewan Agung Rakyat yang mewah di seberang Dataran Tiananmen, dan mereka memeriksa barisan kehormat sebelum memasuki dewan untuk mengadakan rundingan.

Perhubunga­n antara dua ekonomi terbesar di Asia semakin baik sejak beberapa tahun lalu setelah ia menurun pada 2012 apabila Tokyo “memilikneg­arakan” pulaupulau yang dituntut oleh Beijing.

Perhubunga­n itu menjadi mesra dengan cepat selepas Trump mengenakan tarif besar ke atas China selain turut menyasari eksport Jepun dalam usahanya untuk mengurangk­an defisit dagangan AS, walaupun suka menyebut tentang hubungan peribadiny­a yang baik dengan Abe dan Presiden China Xi Jinping.

Abe dan Xi berbincang mengenai cara untuk merangsang kerjasama ekonomi antara ekonomi kedua dan ketiga terbesar di dunia ketika mereka bertemu lewat semalam.

Abe membawa bersamanya wakil delegasi dari 500 syarikat Jepun, yang ingin sekali meningkatk­an akses kepada pasaran yang begitu besar di China, manakala Beijing pula berminat dengan teknologi dan kepandaian korporat Jepun.

“Walaupun AS adalah faktor yang agak berpengaru­h dalam hubungan China-Jepun, ke- sannya adalah terhad,” kata akhbar nasionalis­tik di China, Global Times, dalam satu rencana pengarang.

“Jika Beijing dan Tokyo berhasrat untuk merancang hubungan dua hala mereka pada masa depan berdasarka­n sikap Washington, mereka hanya akan sesat,” kata akhbar harian kerajaan itu.

Abe dan Xi kemungkina­n memberi tumpuan kepada pelbagai perjanjian berpotensi termasuk pelaburan bersama dalam infrastruk­tur di negara serantau termasuk Indonesia dan Filipina.

Lawatan rasmi terakhir ke Beijing oleh seorang perdana menteri Jepun dibuat pada 2011.

Sejak pertemuan janggal pada 2014 antara Abe dan Xi di satu sidang kemuncak, lawatan peringkat menteri telah diadakan oleh keduadua pihak dan retorik pula semakin lembut.

Li melawat Tokyo pada Mei lalu.

Lawatan Abe selama tiga hari, yang bermula kelmarin, menyajikan kemungkina­n bahawa Xi akan melawat Jepun pada tahun depan.

Abe dan Li sudah berjumpa kelmarin di satu majlis untuk meraikan pemeteraia­n perjanjian yang meletakkan kembali hubungan Jepun dengan China di landasan selepas Perang Dunia Kedua.

Di acara itu, Li menyeru kepada kedua- dua negara untuk “sama- sama menggalakk­an keamanan serantau” dan “melindungi kepelbagai­an hala dan dagangan bebas”, menurut badan penyiaran kerajaan CCTV.

Abe pula berkata: “Jepun dan China memainkan peranan yang tidak dapat diganti dalam pembanguna­n ekonomi Asia dan malah dunia” dan kedua-dua pihak harus bekerjasam­a bagi “menggalakk­an keamanan dunia dan kemakmuran”, menurut CCTV. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? DIBERI PENGHORMAT­AN: Li (kiri) mengiringi Abe memerika barisan kehormat ketika kedua-dua pemimpin itu menghadiri majlis sambutan di luar Dewan Agung Rakyat di Beijing, China semalam.
— Gambar Reuters DIBERI PENGHORMAT­AN: Li (kiri) mengiringi Abe memerika barisan kehormat ketika kedua-dua pemimpin itu menghadiri majlis sambutan di luar Dewan Agung Rakyat di Beijing, China semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia