Utusan Borneo (Sarawak)

China hasilkan dua bilionair baharu seminggu pada tahun lepas

-

ZURICH: China menghasilk­an dua bilionair baharu seminggu pada tahun lepas setelah kekayaan golongan kaya raya di dunia melambung pada jumlah yang memecah rekod, kata syarikat perbankan gergasi Swiss, UBS, dan syarikat pengaudita­n PwC semalam.

Kekayaan bilionair menikmati peningkata­n terbesar dalam sejarah pada 2017, naik 19 peratus kepada AS$8.9 trilion (RM35.6 trilion) yang dikongsika­n di kalangan 2,158 individu, kata laporan itu.

Namun bilionair China mengembang­kan kekayaan mereka hampir dua kali ganda, sebanyak 39 peratus kepada AS$1.12 trilion (RM4.48 trilion).

“Sejak sedekad lalu, bilionair China telah mewujudkan beberapa syarikat terbesar dan paling berjaya di dunia, dan menaikkan taraf kehidupan,” kata Josef Stadler, ketua Ultra High Net Worth di UBS Global Wealth Management.

“Namun ini hanyalah permulaan. Populasi besar di China, inovasi teknologi dan pertumbuha­n produktivi­ti digabung dengan sokongan kerajaan, menyediaka­n peluang luar biasa kepada individu bukan sahaja untuk membina perniagaan tetapi juga mengubah kehidupan orang untuk menjadi lebih baik.”

Laporan itu menyebut China menempa dua bilionair baharu seminggu pada 2017 manakala Asia pada keseluruha­nnya menghasilk­an lebih tiga bilionair seminggu.

Dalam rantau Amerika, kekayaan bilionair meningkat pada kadar yang lebih perlahan iaitu 12 peratus, kepada AS$3.6 trilion (RM14.4 trilion), dengan Amerika Syarikat (AS) yang mencipta 53 bilionair baharu pada 2017 berbanding 87 lima tahun lalu.

Kenaikan nilai mata wang menyaksika­n kekayaan bilionair Eropah berkembang sebanyak 19 peratus walaupun jumlah bilionair naik hanya 4.0 peratus sahaja kepada 414.

Kajian itu juga memberi amaran tentang pertumbuha­n ekonomi yang lebih rendah di AS dan China jika perang dagangan antara kedua-dua negara meruncing.

Namun bagi bilionair muda di China, “asas negara iaitu populasi besar dan teknologi yang semakin meningkat akan terus menawarkan keadaan yang subur bagi usahawan untuk mengembang­kan perniagaan mereka”, katanya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia