Utusan Borneo (Sarawak)

Pentagon akan kerah 800 anggota tentera ke sempadan AS-Mexico

-

WASHINGTON: Pentagon dijangka akan mengerahka­n kira-kira 800 anggota tentera ke sempadan Amerika Syarikat (AS)-Mexico, kata dua pegawai AS kepada AFP kelmarin, selepas Presiden Donald Trump berkata angkatan tentera akan membantu menangani “darurat kebangsaan” dan menyeru kepada karavan pendatang yang sedang bergerak ke AS untuk berpatah balik.

Anggota tentera yang menjalanka­n tugas secara aktif akan menjadi tambahan kepada kira-kira 2,000 anggota Pengawal Negara yang sudah dikerahkan untuk menyokong operasi di sempadan, dan mungkin datang dari beberapa pangkalan tentera di sekitar AS.

Setiausaha Pertahanan Jim Mattis dijangka menandatan­gani perintah kelmarin ataupun semalam bagi kerahan baharu berkenaan, kata seorang pegawai.

Pasukan tentera itu terdiri daripada doktor dan jurutera dan akan digunakan khususnya untuk menyediaka­n sokongan logistik termasuk khemah, kenderaan dan peralatan.

Pegawai itu berkata anggota tentera akan memuaskan elemen dalam satu “senarai keinginan” bagi bantuan ketenteraa­n yang dihantar ke Pentagon oleh Jabatan Keselamata­n Tanah Air, agensi di AS yang bertanggun­gjawab ke atas sempadan.

Trump tweet bahawa undang-undang “yang diilhamkan oleh Demokrat” menyukarka­nnya untuk menghalang orang di sempadan.

“Saya membawa keluar angkatan tentera untuk Darurat Negara ini. Mereka akan dihalang!” katanya.

Pada April lalu, Trump berkata beliau akan menghantar ribuan anggota Pengawal Negara ke sempadan selatan.

Kelulusan awal itu membolehka­n kira- kira 4,000 pengawal dihantar ke sempadan, tetapi hanya kira-kira separuh jumlah itu sudah dikerahkan.

Anggota tentera itu khususnya berkhidmat dalam peranan sokongan untuk mengurangk­an beban anggota peronda sempadan.

Jurucakap Pentagon Kapten Bill Speaks dari Tentera Laut berkata Jabatan Pertahanan akan sentiasa bekerja bersama Jabatan Keselamata­n Tanah Air “bagi menentukan sokongan kami secara khusus” kepada pihak berkuasa sempadan.

Tindakan kelmarin diambil ketika ribuan pendatang dari Amerika Tengah merentasi Mexico menuju ke AS dalam karavan yang bergerak perlahan.

Isu itu telah menjadi seruan perjuangan bagi presiden AS itu, yang telah mengambil pendirian keras ke atas imigresen haram dan berulang kali menjadikan laporan itu sebagai tarikan utama menjelang pemilihan pertengaha­n penggal Kongres AS yang dijangka menyaksika­n Demokrat merampas semula kuasa tertentu.

Ramai pendatang melarikan diri daripada kancah kemiskinan dan keadaan tidak selamat di Honduras, di mana geng-geng jalanan yang berpengaru­h memerintah kawasan mereka dengan keganasan yang kejam.

Akhbar The New York Times melaporkan pada malam kelmarin bahawa Trump sedang menimbang untuk mengeluark­an perintah eksekutif bagi menyekat pendatang Amerika Tengah daripada merentasi sempadan.

Ia akan merujuk kepada seksyen sama dalam undang-undang imigresen yang dipetik oleh Trump untuk menyokong larangan perjalanan bagi orang Muslim, kata Times.

Perintah itu juga akan mewujudkan undang- undang baharu yang tidak melayakkan pendatang yang merentasi sempadan di antara pelabuhan kemasukan daripada menuntut suaka, kata Times, yang memetik orang yang biasa dengan rancangan tersebut, tetapi pengecuali­an akan dibuat bagi orang yang berdepan dengan penyeksaan di negara asal.

Pada keseluruha­nnya, perintah itu akan menghalang ratusan dalam karavan itu berkenaan daripada memasuki AS dan meminta suaka, kata akhbar itu.

“Kepada mereka dalam karavan itu, berpatah balik, kami tidak akan membiarkan orang memasuki AS secara haram,” Trump tweet pada petang kelmarin.

“Balik ke negara anda dan jika anda mahu, pohonlah kerakyatan seperti apa yang dibuat oleh jutaan orang lain!” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SANGGUP BERPADAT: Pendatang Honduras menuju ke AS dalam satu karavan, dengan menaiki sebuah trak dekat Mapastepec, negeri Chiapas, Mexico, kelmarin.
— Gambar AFP SANGGUP BERPADAT: Pendatang Honduras menuju ke AS dalam satu karavan, dengan menaiki sebuah trak dekat Mapastepec, negeri Chiapas, Mexico, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia