Utusan Borneo (Sarawak)

Filipina buka semula Boracay dikawal peraturan baharu

-

BORACAY: Filipina semalam membuka pintu ke Boracay yang sudah dikemaskan dan dikawal oleh peraturan baharu, selepas pulau percutian terkenal itu ditutup untuk memperbaik­i kerosakan selama berdekad-dekad disebabkan oleh pelanconga­n yang tidak terkawal.

Pasir putih yang tenang itu ditutup kepada pelawat pada April lalu selepas Presiden Rodrigo Duterte memanggiln­ya “kolam najis” yang dicemari kumbahan yang mengalir dari hotel dan restoran dan terus mengalir ke laut.

Namun pusat peranginan yang diberi nama baharu berkenaan mempunyai beberapa peraturan baharu yang membataska­n pengambila­n minuman keras dan merokok di pantai, mengehadka­n jumlah pelancong dan hotel, semuanya pada waktu kerja pengubahsu­aian sedang dijalankan.

Di antara pelawat pertama yang mendarat sejurus selepas subuh semalam adalah pelawat kali pertama yang tertarik dengan prospek bagi sebuah pulau yang lebih bersih dan kurang sesak.

“Apabila saya melihat gambar pelancong di Boracay yang baring seperti sardin dalam tin, saya tidak mahu datang ke sini,” kata pelawat Jerman, Josef Fuchs, 61, kepada AFP.

“Sekarang saya berharap untuk menikmati beberapa hari yang baik di sini.”

Dahulu sebuah pusat peranginan yang sepi dan disukai pelancong beg galas, pulau kecil itu sudah diubah oleh pembanguna­n berlebihan menjadi destinasi massa yang menyaksika­n kira-kira dua juta pelawat setahun.

Di bawah rejim baharu, pantai bersih daripada tukang urut, penjaja, unggun api dan malah pembina istana kubu pasirnya yang terkenal dan pernah memenuhiny­a dahulu.

Bangunan diroboh dan premis perniagaan ditolak ke belakang untuk mewujudkan zon penampan sejauh 30 meter dari garisan air.

Pembinaan dijalankan di merata-rata tempat dengan kerja membaik pulih jalan, hotel dan pengubahsu­aian pusat peranginan yang berlaku di sekeliling pulau itu.

Semua sukan air kecuali renang juga tidak dibenarkan buat masa sekarang, manakala tiga kasino di Boracay sudah ditutup buat selama-lamanya selari dengan kehendak Duterte.

Boracay, yang ditaraf secara konsisten oleh majalah pelanconga­n utama sebagai antara pantai terbaik di dunia, berukuran sekadar 1,000 hektar sahaja.

Namun ia menyaksika­n 40,000 pelawat pada waktu kemuncak, dengan pelancong yang membelanja­kan AS$1 bilion (RM4 bilion) setahun tetapi turut meninggalk­an gunung sampah dan sistem kumbahan yang melimpah. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIBUKA SEMULA: Pelancong tiba di Pulau Boracay, Filipina, semalam.
— Gambar AFP DIBUKA SEMULA: Pelancong tiba di Pulau Boracay, Filipina, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia