Utusan Borneo (Sarawak)

IHP September meningkat sedikit sebanyak 0.3 peratus Kesan daripada harga bahan api RON95 yang kekal pada RM2.20

-

KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengguna Malaysia (IHP) yang mengukur inflasi keseluruha­n mencatatka­n kenaikan 0.3 peratus pada September 2018 berbanding bulan sebelumnya kesan daripada harga bahan api RON95 yang kekal pada RM2.20 bermula Mac 2018 hingga September 2018, kata Jabatan Perangkaan.

Ketua Perangkawa­n Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata walaupun Cukai Jualan dan Perkhidmat­an ( SST) telah dilaksanak­an semula bermula 1 September 2018, namun dari segi indeks, ia tidak menunjukka­n perubahan yang ketara jika dibandingk­an setahun yang lalu.

“Lima daripada dua belas kumpulan utama masih mencatatka­n perubahan harga tahunan yang positif iaitu kumpulan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (+ 2.1 peratus), restoran dan hotel dan pendidikan masing-masing (+ 1.1 peratus), makanan dan minuman bukan alkohol (+ 0.5 peratus) dan pengangkut­an (+ 0.3 peratus),” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n oleh Jabatan Perangkaan semalam.

Sementara itu, IHP bagi tempoh Januari-September 2018 mencatatka­n kenaikan sebanyak 1.2 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2017.

Jabatan Perangkaan berkata, secara keseluruha­n, tiga negeri melepasi paras IHP nasional 0.3 peratus yang dicatatkan pada September 2018 berbanding September 2017.

“Negeri- negeri tersebut ialah Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (+ 0.9 peratus), Negeri Sembilan (+0.7 peratus) dan Selangor & Wilayah Persekutua­n Putrajaya (+ 0.4 peratus) manakala Pulau Pinang menunjukka­n kenaikan pada paras yang sama dengan IHP nasional,” kata jabatan itu.

Sementara itu, kenaikan indeks kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol dicatatkan di kebanyakan negeri di Malaysia.

“E m p a t n e g e r i mencatatka­n kenaikan yang lebih tinggi bagi indeks kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol melebihi paras indeks nasional (+0.5 peratus) bagi September 2018 berbanding bulan yang sama 2017.

“Indeks bagi makanan dan minuman bukan alkohol meningkat 3.0 peratus di Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, diikuti Sarawak (+ 0.8 peratus) dan 0.7 peratus di Negeri Sembilan serta di Selangor dan Wilayah Persekutua­n Putrajaya,” kata jabatan itu. — Bernama KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 September 2018 melonjak kepada RM82.78 juta daripada RM48.21 juta sebelumnya.

Pendapatan bagi tempoh itu juga meningkat kepada RM648.95 juta daripada RM476.24 juta yang dicatat dalam tempoh yang sama, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Syarikat insurans tersebut mengaitkan prestasi yang lebih baik dengan kenaikan tuntutan yang berkaitan dengan kebakaran dan motor.

Melangkah ke hadapan, Takaful Malaysia berka-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia