Utusan Borneo (Sarawak)

TCC Group sudah ambil langkah awal dalam pelaburan TRX

-

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kumpulan Thai Charoen Corporatio­n (TCC), Tan Sri Charoen Sirivadhan­abakdi berkata, anak syarikatny­a, Frasers Property telah mengambil langkah awal untuk meneliti kemungkina­n pelaburan di Tun Razak Exchange.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri ( MITI), Datuk Darell Leiking berkata, anak lelaki Charoen, Panote Sirivadhan­abhakdi akan mengetuai pasukan Frasers untuk berurusan lanjut dengan MITI.

“Bagaimanap­un, kumpu- lannya akan melabur lebih banyak di Malaysia melalui Big C, sebuah rangkaian pasar raya besar yang popular di Thailand. Big C merancang membuka sebuah pasar raya di Kedah,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Darrel juga berkata, Charoen menyebut bahawa TCC Group komited untuk meningkatk­an pengalaman pelancong melalui pemilikan rangkaian rangkaian hotel di seluruh dunia di bawah Meridien, Marriott dan rangkaian hotel lain.

“Oleh kerana Malaysia sentiasa menjadi destinasi pelanconga­n yang popular, adalah wajar kedua-dua pihak menjalin kerjasama untuk meningkatk­an lagi pelanconga­n.

“Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah berkata yang Malaysia adalah tempat yang sangat indah dan bilangan pelancong akan terus meningkat. Oleh itu penting untuk memastikan keselamata­n mereka kerana mereka akan membawa kekayaan kepada negara,” katanya.

Darrel kini mengiringi Dr Mahathir sempena lawatannya ke negara tersebut. — Bernama ta, ia akan terus memberi tumpuan untuk mengekalka­n kedudukann­ya sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan Takaful Keluarga di samping mengembang­kan penguasaan pasaran dalam perniagaan Takaful Am bagi mewujudkan kedudukan yang kukuh dalam industri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia