Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia lulus pelaburan RM61.6 bilion dari Jan hingga Ogos

-

PETALING JAYA: Malaysia meluluskan pelaburan berjumlah RM61.6 bilion untuk tempoh Januari-Ogos tahun ini untuk pelaburan langsung asing dan domestik, meningkat 52.47 peratus daripada RM40.4 bilion dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.

T i m b a l a n M e n t e r i Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Dr Ong Kian Ming berkata daripada jumlah itu, pelaburan langsung asing (FDI) menyumbang RM43.8 bilion berbanding RM24.4 bilion, sebelum ini.

“Sektor pembuatan terus menguasai bahagian terbesar pelaburan yang diluluskan, berjumlah RM49.8 bilion, kira-kira 81 peratus daripada jumlah pelaburan,” katanya kepada pemberita kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perbincang­an mengenai ‘Malaysia: Harapan Baharu, Permulaan Baharu’ anjuran Dewan Perniagaan Dan Perindustr­ian Antarabang­sa Malaysia (MICCI) di sini.

Ong berkata pelaburan yang diluluskan itu melibatkan 411 projek dengan mempunyai potensi untuk mewujudkan lebih 34,000 pekerjaan di seluruh negara, khususnya dalam sektor minyak dan gas, produk kimia serta elektrik dan elektronik.

“Ini menunjukka­n keyakinan pelabur kepada negara yang tidak berubah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14,” katanya.

Mengenai FDI Malaysia, Ong berkata negara pelabur utama adalah China (RM9.5 bilion), diikuti Indonesia (RM8.99 bilion), Netherland­s (RM7.67 bilion), Amerika Syarikat(AS)(RM2.94bilion), Jepun (RM1.96 bilion) dan Singapura (RM1.18 bilion).

“M a l a y s i a b e r a d a dalam kedudukan yang baik untuk menarik lebih banyak pelaburan yang berkualiti dan mempunyai nilai tambah yang tinggi serta dapat menyediaka­n peluang yang mencukupi kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam mewujudkan pekerjaan dengan kualiti yang baik dan gaji yang tinggi.

“K i t a j u g a p e r l u menumpukan­kepadamena­rik pelaburan baharu yang boleh menjadi sebahagian daripada rangka kerja Revolusi Perindustr­ian 4.0 (IR 4.0) dan menaik taraf PKS secara berperingk­at, berikutan tidak ramai daripada mereka yang dapat mencapai standard industri sebenar IR 4.0 dalam jangka masa pendek,” kata Ong.

Beliau turut optimis kerajaan akan dapat melaksanak­an dasar baharu selepas pembentang­an Bajet 2019 termasuk meningkatk­an ketelusan dan menjadikan Malaysia sebagai negara mesra perniagaan.

Mengenai ketegangan perdaganga­n AS- China yang berterusan, beliau berkata Malaysia merupakan destinasi pelaburan yang menarik kepada syarikat dari China berikutan tarif perdaganga­n yang dikenakan oleh AS, bagaimanap­un ia adalah terpilih kerana negara memerlukan pelaburan dengan kualiti yang baik. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BENTANG: Dr Ong sewaktu sidang media pada forum ‘Business Exellence CEO 2018’ di Dewan Perdana Menara Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, kelmarin.
— Gambar Bernama BENTANG: Dr Ong sewaktu sidang media pada forum ‘Business Exellence CEO 2018’ di Dewan Perdana Menara Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia