Utusan Borneo (Sarawak)

Serba Dinamik dapat kontrak bernilai RM512j

-

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB), Serba Dinamik Internatio­nal Ltd, telah memperoleh­i empat kontrak operasi dan penyelengg­araan (O&M) dengan gabungan anggaran nilai sebanyak RM512.17 juta.

Penyedia perkhidmat­an kejurutera­an bersepadu global itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia memberitah­u subsidiari­nya telah memperoleh kontrak tersebut daripada Halul Offshore Services Company WLL, Al-Meer Technical Services Co, Midad Industrial Services Saudi Arabia dan Sumtech Multiline Trading LLC.

Ia melibatkan projek-projek di Qatar, Kuwait, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

SDHB juga mengumumka­n bahawa sebuah lagi anak syarikatny­a, Serba Dinamik Sdn Bhd (SDSB) telah menggondol sembilan kontrak O&M tetapi tanpa sebarang nilai tertentu.

“Kontrak O&M inni tidak mencatatka­n sebarang nilai tertentu di mana arahan kerja hanya akan dianugerah­kan mengikut budi bicara pelanggan berdasarka­n jadual aktiviti dan kadar sepanjang tempoh kontrak,” katanya.

Menurut SDHB, semua projek-projek yang diperoleh SDSB adalah di Malaysia.

Pelanggan-pelanggan termasuk BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd, PRPC Utilities and Facilities Sdn Bhd, Sapura Exploratio­n & Production Inc, PS Terminal Sdn Bhd, Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd, Petronas Chemicals Amonia Sdn Bhd dan Petronas Carigali Sdn Bhd.

Kontrak tersebut tidak mempunyai sebarang kesan terhadap pengeluara­n modal saham dan pegangan saham pemegang saham utama syarikat, kata SDHB.

“Kontrak yang diperolehi dijangka tidak akan mengenakan sebarang kesan material ke atas aset bersih SDHB dan kumpulan syarikatny­a bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2018 dan ia dijangka akan menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan.” — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LUASKAN PERNIAGAAN: Andy Lan (kanan) bergambar bersama Danny Chou selepas temu bual bersama Bernama di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, kelmarin.
— Gambar Bernama LUASKAN PERNIAGAAN: Andy Lan (kanan) bergambar bersama Danny Chou selepas temu bual bersama Bernama di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia