Utusan Borneo (Sarawak)

Bajet 2019 dijangka susun semula dasar sosioekono­mi, kewangan

-

KUALA LUMPUR: Institut Strategi dan Kepimpinan Asia ( ASLI) menjangkak­an Bajet 2019 akan memberi tumpuan kepada penstruktu­ran semula dasar sosioekono­mi dan kewangan negara selain perlu bersifat kukuh dengan pengembang­an secara sederhana.

Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam ASLI, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, belanjawan tahun depan itu juga perlu dirangka agar dapat memenuhi keperluan asas masyarakat manakala dasarnya berteraska­n keperluan dan bukannya bangsa.

“Bajet 2019 perlu ( menyumbang kepada) kekukuhan dan diharapkan bukan sebaliknya kerana keadaan ekonomi kita yang perlahan. Namun pada masa sama, belanjawan itu juga tidak boleh bersifat terlalu mengembang. Oleh itu, kita perlu memastikan bahawa Bajet 2019 itu adalah seimbang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Selain itu, Navaratnam yang juga pakar ekonomi, juga menggesa agar saranan oleh Majlis Penasihat Kerajaan yang telah diserahkan kepada kerajaan, didedahkan kepada umum selain turut dimasukkan ke dalam cadangan bajet yang bersesuaia­n.

Mengulas Dasar Ekonomi Baharu, beliau berpendapa­t selain sudah menepati matlamatny­a, ia juga perlu dirombak sebagai dasar yang dapat diterima dan adil kepada semua rakyat.

Ini kerana, katanya, sebarang langkah yang membabitka­n perlindung­an ketara akan mengurangk­an kecekapan, menggalakk­an elemen tidak sihat selain boleh menjejaska­n perpaduan negara.

N a v a r a t n a m t u r u t menggesa kerajaan untuk bertindak mengukuhka­n ringgit dan imbangan p e m b a y a r a n s e l a i n melaksanak­an langkah bagi mengurangk­an aliran keluar modal demi kemajuan negara ini.

“Kita perlu memanfaatk­an Bajet 2019 supaya ia berbeza daripada rejim pemerintah­an terdahulu. Pada masa sama, aspek penyusunan semula ekonomi perlu dilakukan bagi menjadikan­nya lebih kompetitif dan adil untuk semua rakyat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia