Utusan Borneo (Sarawak)

RAM semak semula Sukuk Musharakah bersiri SPG RM215 juta kepada positif

-

KUALA LUMPUR: RAM Ratings menyemak semula prospek penarafan AA2(s) Sukuk Musharakah Bersiri ( 2006/ 2021) RM215 juta Sarawak Power Generation Sdn Bhd ( SPG) kepada positif daripada stabil.

Dalam satu kenyataan semalam, RAM menyebut, ini berikutan semakan semula prospek penarafan Sarawak Energy Bhd Group ( SEB) yang juga positif daripada stabil.

“Peningkata­n penarafan itu menunjukka­n sokongan kukuh SEB untuk SPG yang dimiliki melalui anak syarikat milik 100 peratusnya, SEB Power Sdn Bhd,” kata RAM.

Pada 2017, prestasi loji berkenaan terjejas akibat jadual penyelengg­araan yang panjang.

“Bagaimanap­un, kami menegaskan bahawa kerugian pembayaran kapasiti syarikat berkenaan adalah dalam jangkaan kami. Unjuran aliran tunai kami menunjukka­n bahawa nisbah liputan perkhidmat­an sukuk minimum SPG akan kekal teguh sekitar 1.50 kali antara 2018 dan 2021.

“SPG menyatakan bahawa ia akan mengutamak­an o b l i g a s i s u k u k n y a berbanding perbelanja­an modal, pembayaran semula pendahulua­n kepada SEB dan pengagihan dividen,” kata RAM.

S e b a g a i p e n g e l u a r tenaga persendiri­an, SPG terdedah kepada risiko projek tunggal. Tambahan lagi, aturan operasi dan penyelengg­araan yang digariskan dalam perjanjian pembelian kuasa hanya meliputi isu tanggungja­wab dan pampasan.

“B a g a i m a n a p u n , ketiadaan perjanjian r a s m i o p e r a s i d a n penyelengg­araan antara SPG dan Syarikat Sesco Bhd (SESCO) tidak akan menimbulka­n sebarang pertikaian memandangk­an komitmen kukuh kumpulan itu, seperti yang terbukti sehingga kini,” kata RAM.

Dalam perkembang­an sama, RAM juga menyemak semula prospek penarafan AA2( s) Program Sukuk Mudharabah Kanan ( 2006/ 2021) RM655 juta Mukah Power Generation Sdn Bhd ( MPG) kepada positif daripada stabil.

Ini berikutan semakan semula baru-baru ini prospek penarafan SEB yang juga positif daripada stabil.

“Peningkata­n penarafan itu akan terus menunjukka­n sokongan kuat SEB kepada MPG yang dimiliki melalui anak syarikat milik 100 peratus SEB Power,” kata RAM.

M e n u r u t R A M , pendedahan MPG kepada permintaan risiko kekal minimum di bawah terma perjanjian pembelian tenaga baharunya dengan SESCO.

“Syarikat berkenaan layak untuk pembayaran kapasiti penuh, tertakluk kepada memenuhi beberapa keperluan prestasi. Ia juga layak untuk pembayaran tenaga untuk elektrik yang dijual,” kata RAM. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia