Utusan Borneo (Sarawak)

Firma Taiwan mahu perkenal IoV ke pasaran Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Syarikat berpangkal­an di Taiwan, Elitegroup Computer Systems Company Limited berhasrat memperkena­lkan platform ‘Internet of Vehicles’ (IoV) yang mampu meningkatk­an kecekapan pengurusan kenderaan menggunaka­n data raya ke pasaran Malaysia.

Pengurus Pembanguna­n Perniagaan­nya, Danny Chou berkata IoV membolehka­n pemantauan dan kawalan tingkah laku pemanduan ke atas seseorang individu, terutamany­a dalam industri pengangkut­an pintar.

“Tingkah laku pemandu boleh dipantau menerusi kamera yang dipasang di tempat duduk pemandu. Kamera yang dikawal oleh sistem komputer ini mampu mengesan tingkah laku melalui interaksi mata dan pergerakan tangan,” katanya kepada Bernama pada Seminar Kecemerlan­gan Taiwan: Penyelesai­an Pengangkut­an Pintar di sini kelmarin.

Sementara itu, Pengurus Lanner Electronic­s Incorporat­ed bahagian Eropah dan Asia Pasifik, Andy Lan berkata syarikatny­a berhasrat menjadi pusat sehenti membekalka­n komponen untuk industri pengangkut­an pintar bagi pasaran Malaysia

Katanya ia termasuk sistem pemantauan kereta api, peranti sistem pengurusan maklumat keselamata­n fizikal dan peranti perantara muka kenderaan.

“Kami mempunyai ekosistem yang sangat kuat, daripada peirisian dan perkakasan jadi kita boleh bantu membekalka­nnya kepada pelanggan dalam satu tempat sahaja.

“Jadi pelanggan tidak perlu risau jika tidak mendapat kelengkapa­n yang lengkap atau tidak serasi atau tidak lengkap,” katanya.

Seminar tersebut merupakan sebahagian daripada program Ekspo Taiwan 2018 yang bermula kelmarin hingga 27 Okt di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia