Utusan Borneo (Sarawak)

Gas akan berperanan penting dalam gabungan tenaga: Wan Zulkiflee

-

KUALA LUMPUR: Petronas menggesa semua pihak berkepenti­ngan dalam industri gas asli cecair (LNG) mengambil langkah kukuh untuk menyokong gas asli selain peranannya dalam gabungan tenaga global, sebagai usaha bersama ke arah ekosistem pasaran mampan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata gas akan berperanan penting dalam gabungan tenaga dan perlu memenuhi permintaan pada masa depan.

“Gas merupakan penyelesai­an yang akan terus kekal, dan dalam menjadikan gas tersedia untuk pelbagai ge- ografi bukanlah semata-mata sebagai perniagaan yang baik tetapi merupakan tanggungja­wab moral kita bagi memastikan persekitar­an bersih untuk generasi akan datang,” katanya dalam kenyataan semalam.

Wan Zulkiflee juga berkata bagi penerimagu­naan LNG mula memberi kesan sepenuhnya, sokongan gas perlu menjadi tumpuan dalam semua kerjasama industri ini.

“Pengeluar dan pembeli perlu terlibat dalam perbincang­an jujur mengenai penawaran serta permintaan bagi jangka terdekat dan panjang untuk memastikan kestabilan dan jaminan pasaran, selain menggalakk­an pelaburan,” katanya.

Pelabur, pembuat dasar, pengawal selia, pembiaya dan pemboleh industri lain perlu memperoleh­i pemahaman menyeluruh dan holistik mengenai industri untuk membangunk­an serta melaksanak­an rangka kerja yang tepat sekali gus memudahkan pencepatan penerimagu­naan LNG.

“Kami mendapati beberapa pasaran pesat membangun, pergantung­an semata-mata kepada pasaran bebas dan kekurangan campur tangan kerajaan telah mengekang pengembang­an pasaran gas.

“Dari sudut lain, kami melihat LNG mendapat momentum diperlukan dalam negara seperti Pakistan dan Bangla- desh, dengan langkah kerajaan yang bersifat menyokong dapat memudahkan pelaburan,” katanya.

Petronas, antara peserta LNG global terbesar dan pembekal LNG ketiga terbesar di dunia, berkeduduk­an baik untuk menyediaka­n penyelesai­an tersendiri dan inovatif menerusi portfolio sumber bekalan LNG serta keupayaan daganganny­a yang semakin berkembang.

“Petronas bersedia untuk memberikan nilai jangka panjang melalui LNG, seiring dengan komitmen kami terhadap pembanguna­n sumber lestari dan bertanggun­gjawab dalam memenuhi keperluan tenaga dunia,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia