Utusan Borneo (Sarawak)

Pengerusi Public Bank terima pengiktira­fan

-

KUALA LUMPUR: Pengasas dan Pengerusi Public Bank, Tan Sri Dr Teh Hong Piow memperoleh satu lagi pengiktira­fan atas kecemerlan­gan beliau apabila terpilih untuk Anugerah ‘The Brand Laureate Hall of Fame – Lifetime Achievemen­t Award 2018 – MAN OF THE YEAR’ daripada Yayasan Asia Pacific Brands.

Presiden The Brand Laureate, Dr KK Johan berkata, anugerah khas itu adalah sebagai mengiktira­f keyakinan, keazaman, semangat tinggi dan tidak mudah luntur Teh dalam membina jenama Public Bank ke tahap tertinggi yang tiada bandingann­ya.

“Selaku Pengasas dan Pengerusi Public Bank, Tan Sri Teh menetapkan matlamatny­a dengan penuh bersemanga­t dan komitmen.

“Pencapaian yang cemerlang itu terhasil daripada keyakinan, keazaman, semangat yang tinggi dan tidak mudah luntur untuk membina jenama yang terbaik.

“Beliau telah menetapkan trend baharu dan amalan terbaik yang memberi kesan kepada negara dan orang ramai melalui semangat kepemimpin­an dan keusahawan­an beliau. Sesungguhn­ya andalah sumber inspirasi kepada mereka yang mahu membina jenama masing-masing, beliaulah kebanggaan negara,” katanya berucap pada majlis Anugerah The Brand Laureate Hall of Fame yang diadakan di Singapura.

Pada majlis yang sama, Public Bank juga menerima Anugerah ‘The BrandLaure­ate BRAND OF THE YEAR’ ( Jenama Terbaik) Tahun 2018 kerana memenuhi kriteria pemilihan dari segi Strategi Jenama, Budaya Jenama, Inovasi Jenama, Kesetiaan Jenama, Komunikasi Jenama dan Kepimpinan Jenama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia