Utusan Borneo (Sarawak)

Sibu Ngu Brothers lancar rangkaian Ford Ranger baharu

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Sibu Ngu Brothers Motor Service Sdn Bhd semalam melancarka­n rangkaian model Ford Ranger baharu dengan gabungan teknologi, ciri keselamata­n dan kemudahan yang terbaik dalam kelasnya.

Pengurus Besar Sibu Ngu Brothers Motor Service Sdn Bhd Jeffery Ngu Heng Hing berkata, Ranger baharu itu membabitka­n sembilan varian terdiri daripada varian XL, XLT, XLT+, Wildtrak dan Raptor.

Menurutnya, Ford Ranger baharu menawarkan tiga rangkaian kuasa diesel untuk lebih versatil dan memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza.

“Ia membabitka­n enjin 2.0 liter (l) turbo tunggal, 2.0l bi-turbo dan enjin Duratorq 2.2l.

“Selain itu, buat pertama kali untuk segmen trak pikap, ia didatangka­n teknologi bantuan pemanduan dan keselamata­n seperti Semi-Automatic Parrallel Parking, Autonomous Emergency Braking dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki.

“Malah, ia juga dilengkapi sistem kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, pengangkat pintu but serta SYNC 3 bersama keupayaan Apple Car Play dan Android Auto,” jelasnya kepada pemberita di sini semalam.

Jeffery berkata, Fort Ranger baharu ini didatangka­n dengan lapan pilihan warna termasuk tiga wana baharu iaitu Saber (untuk Wildtrak sahaja), Magnetic dan Lightning Blue, Cool White, Meteor Grey, Aluminiun Metallic, Frozen White dan Absolute Black.

Katanya, untuk 888 pelanggan terawal yang mendaftar Ford Ranger baharu bakal menerima baucar barangan elektrik bernilai RM1,000.

“Selain itu, Sime Darby Auto Connexion ( SDAC) akan menawarkan penyelengg­araan percuma selama dua tahun atau sehingga 40,000 kilometer (yang mana tiba dahulu) kepada pelanggan yang berjaya mendaftar sebelum 31 Januari 2019,” ujarnya.

Ford Ranger Baharu boleh didapati bermula dengan harga RM96,388 (harga atas jalan).

Bagi anda yang ingin melihat sendiri kehebatan Ford Ranger Baharu bolehlah datang ke Bilik Pameran Sibu Ngu Brothers Motor Service Sdn Bhd di Jalan Salim.

Hadir sama ialah Pengarah Urusan Ngu Chung Beng & Sons Corporatio­n Sdn Bhd, Dato Sri Peter Ngu Ung Yong dan Pengarah Eksekutif Urusan Ngu Chung Beng & Sons Corporatio­n Sdn Bhd, Datin Sri Esther Kong.

 ??  ?? BERGAYA: Jeffery (tiga kiri), Peter (dua kanan), Esther (kanan) melancarka­n Ford Ranger baharu di bilik pameran Sibu Ngu Brothers Motor Service Sdn Bhd, Jalan Salim, semalam.
BERGAYA: Jeffery (tiga kiri), Peter (dua kanan), Esther (kanan) melancarka­n Ford Ranger baharu di bilik pameran Sibu Ngu Brothers Motor Service Sdn Bhd, Jalan Salim, semalam.
 ??  ?? JERAYAWARA: (Dari kiri) Vincent, Siaw, Goi, Lim dan Pang memperkena­lkan ‘Nature’s Wonders Road Show’ di Kuching semalam.
JERAYAWARA: (Dari kiri) Vincent, Siaw, Goi, Lim dan Pang memperkena­lkan ‘Nature’s Wonders Road Show’ di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia