Utusan Borneo (Sarawak)

AIA perkenalka­n pelan perubatan A-Plus Health

-

KUALA LUMPUR: AIA Bhd memperkena­lkan pelan perubatan A- Plus Health yang mempunyai ciri unik, Health Wallet, bagi memberikan perlindung­an perubatan ketika diperlukan serta ganjaran kepada pelanggan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Bagi pelanggan yang tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tahun dengan APlus Health, jumlah tertentu akan dikreditka­n ke dalam Health Wallet mereka sehingga 10 kali.

Jumlah terkumpul itu kemudianny­a boleh digunakan untuk membayar perbelanja­an perubatan tambahan dan perkhidmat­an pencegahan yang tidak dilindungi, seperti pemeriksaa­n kesihatan dan suntikan vaksin, perbelanja­an untuk anggota tiruan dan alat bantuan pendengara­n, masalah kongenital , penjagaan pemulihan kanser, strok dan serangan jantung.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif AIA, Anusha Thavarajah berkata, hasil daripada kajian terkini Indeks Kehidupan Sihat AIA, menunjukka­n 57 peratus responden menzahirka­n kebimbanga­n mengenai kos perubatan untuk merawat penyakit kritikal.

Ketua Pegawai Pemasaran AIA, Heng Zee Wang berkata, pelan perubatan itu membawa perubahan kepada industri insurans perubatan dan kesihatan tradisiona­l kerana bukan sahaja membiayai kos hospital semata-mata tetapi memberi ganjaran kepada para pelanggan yang berusaha untuk kekal sihat.

A-Plus Health adalah rider perubatan yang boleh ditambah ke atas pelan premium berkaitan pelaburan AIA, ALifeLink 2 untuk mereka yang berusia antara 14 hari hingga 70 tahun. Ibu bapa juga boleh mendapatka­n A-Plus Health untuk bayi seawal usia kehamilan 14 minggu ke atas.

Di samping menyediaka­n perlindung­an perubatan yang komprehens­if sehingga usia 100 tahun, A-Plus Health juga menawarkan had tahunan yang tinggi (jumlah maksimum yang boleh dituntut oleh pelanggan setiap tahun) sehingga RM2 juta, tanpa had seumur hidup.

Pelanggan yang mendapatka­n APlusHealt­h dan mendaftar sebagai anggota AIA Vitality juga boleh menikmati manfaat tambahan di bawah ciri- ciri Health Rewards tanpa perlu membayar premium tambahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia