Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi buru ‘dalang bom paip’ diperhebat di AS

Susulan bintang Hollywood De Niro dan bekas naib presiden Biden menjadi sasaran terbaharu

-

NEW YORK: Bi nt a ng Hollywood Robert De Niro dan bekas naib presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menjadi sasaran terbaharu dalam siri 10 alat dan bom paip yang dihantar kepada penentang Donald Trump, tetapi operasi memburu di seluruh negara gagal mendedahka­n sebarang petunjuk awam yang penting kelmarin.

Ratusan pegawai dari Biro Siasatan Persekutua­n (FBI), Secret Service AS dan puluhan agensi lain sedang memburu sepanjang masa dalang atau dalang-dalang di sebalik 10 bungkusan mencurigak­an yang dilabel oleh ahli politik daripada semua pihak sebagai “terorisme”.

Sejak Isnin lepas, bom buatan sendiri yang kasar dan bahan lain yang disyaki alat letupan telah dialamatka­n kepada Barack Obama, Hillary Clinton, CNN, penderma bilionair liberal George Soros dan tokoh lain yang dibenci oleh penyokong Presiden AS Donald Trump.

Bungkusan telah dipintas di New York, Maryland, Florida, Delaware dan Los Angeles.

“Ia masih berkemungk­inan bahawa bungkusan selanjutny­a sudah dikirim,” kata penolong pengarah FBI William Sweeney, yang mengesahka­n “beberapa” bungkusan dihantar menerusi sistem pos AS.

Setakat ini, tidak ada orang cedera tetapi ancaman bom itu telah menyebabka­n ke- resahan dan meningkatk­an ketegangan.

Pada malam kelmarin, polis New York menghantar skuad bom untuk menyiasat dua bungkusan yang tidak dilayan di Time Warner Centre, di mana biro CNN di New York dikosongka­n sehari sebelum itu selepas bom paip dijumpai di dalam bilik mel.

Polis kemudian mengeluark­an kenyataan bahawa keadaan selamat dan berkata pusat beli-belah berkenaan sudah dibuka semula.

Di Miami, juga lewat kelmarin, polis menghantar skuad bom ke sebuah kemudahan Jabatan Pos AS untuk membantu ejen persekutua­n “sebagai sebahagian daripada siasatan berterusan ke atas bungkusan mencurigak­an” yang dijumpai di tempat lain, kata Polis Miami-Dade dalam Twitter.

Media AS melaporkan sekurang-kurangnya beberapa bungkusan sudah dihantar dari Florida.

“Kita akan mengenal pasti dan menangkap individu atau individu-individu yang bertanggun­gjawab bagi tindakan ini. Jangan silap,” kata ketua polis New York James O’Neill di satu sidang akhbar, tetapi enggan mendedahka­n sebarang petunjuk yang mungkin ada pada penyiasat.

“Ia adalah sesuatu yang berterusan. Kami telah menjumpai barang setiap jam,” ujarnya.

Pada awal kelmarin seorang penyiasat polis yang sudah bersara menghubung­i skuad bom untuk mengeluark­an bahan yang disyaki alat letupan yang dihantar kepada De Niro, pemenang dua anugerah Oscar, di syarikatny­a Tribeca Production­s di New York.

Bintang berusia 75 tahun itu menggunaka­n kata-kata kesat untuk mengecam Trump di Anugerah Tony yang disiarkan menerusi televisyen pada Jun lalu, dan menerima sambutan gemuruh.

Dua bungkusan tambahan dialamatka­n kepada bekas naib presiden di bawah Obama, Joe Biden, yang sering dikhabarka­n sebagai calon presiden Demokrat yang berpotensi pada 2020, di Delaware, FBI mengesahka­n.

Rumah Putih terpaksa mempertaha­nkan presiden berhubung tuduhan bahawa beliau tidak memandang cubaan serangan bom itu dengan cukup serius.

“Kami mengecam keganasan dalam semua bentuk. Ini adalah satu perbuatan yang keji dan ternyata sesuatu yang tidak harus berlaku di Amerika,” kata Setiausaha Media Sarah Sanders kepada Fox News.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SASARAN TERBAHARU: Seorang pembantah 9/11 dilihat di luar restoran Tribeca Grill milik De Niro di New York kelmarin.
— Gambar AFP SASARAN TERBAHARU: Seorang pembantah 9/11 dilihat di luar restoran Tribeca Grill milik De Niro di New York kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia