Utusan Borneo (Sarawak)

Nassier Wahab, Man Bai & Rahim Maarof dalam Dimensi Legenda, esok di TV1

dalam Dimensi Legenda, esok di TV1

-

ASPEK kesetiaan salah satu elemen penting yang perlu ada dalam kehidupan seseorang.

Ia sebagai tanda cinta dan kasihnya kita kepada seseorang itu tanpa perasaan berbelah bahagi.

Rasa tersebut mampu menyuntik bahagia kepada si empunya diri begitu juga kepada pasanganny­a.

Ternyata lagu juga memainkan peranan dalam kehidupan manusia.

Menerusi lagu seseorang itu dapat meluahkan perasaan yang adakalanya malu untuk dinyatakan secara langsung.

Siapa yang tidak mengenali tiga figura seni yang mempunyai suara luar biasa ini.

Sebut sahaja nama Dato’ Nassier Wahab, Man Bai dan Rahim Maarof pastinya setiap daripada kita dapat membayangk­an lagu popular mereka yang masih diminati sehingga kini.

Nyata kehadiran mereka dalam industri muzik tiada gantinya dan suara mereka masih dirindui peminat era populariti mereka sampai bila-bila.

Terbaharu mereka tampil dalam pentas sama menerusi program khas terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu Dimensi Legenda esok (28 Oktober 2018), jam 9.00 malam menerusi saluran TV1.

Berhibur dengan celoteh pengacara Raja Azura dalam program terbitan Unit Hiburan TV RTM yang dirakamkan pada 16 Julai lalu bertempat di Studio 1, Wisma TV, Angkasapur­i, Kuala Lumpur.

Persembaha­n ini lebih kepada nostalgia untuk peminat Dato’ Nassier Wahab, Man Bai dan Rahim Maarof dan yang pastinya ramai masih mengingati lagu-lagu popular mereka.

Penyanyi popular tahun 80an hingga kini, Dato’ Nassier Wahab muncul mendendang­kan tiga lagu termasukla­h ‘Sekali Aku Jatuh Cinta’, ‘Masih Ingat tak Lagi’, dan ‘Memori Cinta Luka’ yang pastinya membuatkan penonton terbuai-buai perasaan mengenang memori cinta yang pernah terlakar dalam hidup masingmasi­ng.

Agak lama tidak muncul di layar TV, tampil membuat persembaha­n ialah Rahim Maarof yang menyanyika­n lagu popularnya iaitu lagu ‘Cinta Kristal’, ‘Jangan Kau Rayu’, dan ‘Kutahan Sebak di Dada’ yang mampu menggamit kenangan zaman kegemilang­an penyanyi dinobatkan legenda rock negara ini.

Segmen Memori Untukmu menjanjika­n persembaha­n dua penyanyi iaitu Shafeek Ikhwan dengan lagu ‘Kau Pergi Jua’ dan diikuti nyanyian lagu ‘Pilihlah Aku’ oleh Firman.

Kenalkah anda dengan pemilik nama sebenar penyanyi Abdul Rahman Osman? Pastinya soalan ini membuatkan anda tertanya-tanya siapakah beliau.

Namun jika disebut Man Bai penonton tentu dapat membayangk­an gerangan penyanyi kelahiran Johor Bahru, Johor ini yang pernah mencipta nama bersama kumpulan Gersang.

Man Bai bakal menghiburk­an pentas dengan pilihan lagu ‘Bersama Suara Hati’, ‘Masih Aku Terasa’, dan ‘Kau Ilhamku’ yang masih menjadi siulan hingga kini.

Ingin menyaksika­n bagaimanak­ah kesemua artis terlibat berkongsi pentas? Dan lagu apa yang dipilih mereka menghiburk­an penonton? Ikuti persembaha­n mantap mereka ini di TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ?? DI PENTAS YANG SAMA: Semua artis dalam konsert Dimensi Legenda bertemakan cinta setia malam esok di TV1.
DI PENTAS YANG SAMA: Semua artis dalam konsert Dimensi Legenda bertemakan cinta setia malam esok di TV1.
 ??  ?? MALAR SEGAR: Dato Nassier Wahab muncul mendendang­kan tiga lagu termasukla­h ‘Sekali Aku Jatuh Cinta’, ‘Masih Ingat tak Lagi’, dan ‘Memori Cinta Luka’.
MALAR SEGAR: Dato Nassier Wahab muncul mendendang­kan tiga lagu termasukla­h ‘Sekali Aku Jatuh Cinta’, ‘Masih Ingat tak Lagi’, dan ‘Memori Cinta Luka’.
 ??  ?? GAMIT KENANGAN: Rahim Maarof akan menyanyika­n lagu ‘Cinta Kristal’, ‘Jangan Kau Rayu’, dan ‘Kutahan Sebak di Dada’.
GAMIT KENANGAN: Rahim Maarof akan menyanyika­n lagu ‘Cinta Kristal’, ‘Jangan Kau Rayu’, dan ‘Kutahan Sebak di Dada’.
 ??  ?? ILHAM RAMAI PEMINAT: Man Bai bakal menghiburk­an penonton dengan pilihan lagu ‘Bersama Suara Hati’, ‘Masih Aku Terasa’, dan ‘Kau Ilhamku’ yang masih menjadi siulan ramai sehingga hari ini.
ILHAM RAMAI PEMINAT: Man Bai bakal menghiburk­an penonton dengan pilihan lagu ‘Bersama Suara Hati’, ‘Masih Aku Terasa’, dan ‘Kau Ilhamku’ yang masih menjadi siulan ramai sehingga hari ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia