Utusan Borneo (Sarawak)

NAMPAK DARI KEJAUHAN

Asap tebal selubungi ruang udara Miri ekoran kebakaran besar gudang barang runcit.

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Operasi Saman Tertunggak Warganegar­a Asing (OSTWA) hari pertama yang diadakan di Sungai Tujuh di sini semalam menyaksika­n sambutan dan kerjasama baik daripada pengguna kenderaan yang mempunyai saman tertunggak.

Tinjauan Utusan Borneo di lokasi berkenaan mendapati, pengguna kenderaan yang kebanyakan­nya warga Brunei memberikan kerjasama penuh kepada pihak Polis Diraja Malaysia ( PDRM) dalam melakukan pemeriksaa­n saman tertunggak.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, operasi hari pertama menyaksika­n mereka yang mempunyai saman tertunggak ada yang terus membayar saman tersebut di kaunter yang disediakan.

“Kita menerima respons yang amat baik oleh pengguna kenderaan warga asing terutamany­a warga Brunei, dan ada di antara mereka yang terus membayar samansaman tersebut di sini.

“Dalam operasi selama tiga hari bermula hari ini (semalam) sehingga 28 Oktober ini, kita berharap dapat mengumpul kutipan saman ter- tunggak sebanyak mungkin bagi mengurangk­an jumlah keseluruha­n 60,000 saman trafik tertunggak terkumpul setakat ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Beliau berkata, pihak Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Majlis Bandaraya Miri (MBM) turut menyertai operasi kali ini.

“Oleh yang demikian, saya minta orang ramai boleh datang untuk periksa samansaman mereka dan jangan percaya kepada spekulasis­pekulasi negatif terhadap polis.

“Kita menjalanka­n tugas untuk menyelesai­kan saman pengguna secara jujur dan telus dan janganlah percaya kepada tohmahan-tohmahan tidak betul oleh mereka yang tidak bertanggun­gjawab,” katanya.

OSTWA diadakan ekoran jumlah saman tertunggak yang besar belum dijelaskan melibatkan kenderaan nombor pendaftara­n Brunei bagi tempoh selama 10 tahun sejak 2008 hingga 2018.

Seramai 42 orang terdiri dari enam pegawai kanan, 34 anggota dan dua kakitangan awam terlibat dalam operasi kali ini.

Kita menerima respons yang amat baik oleh pengguna kenderaan warga asing terutamany­a warga Brunei, dan ada di antara mereka yang terus membayar saman-saman tersebut di sini. ACP Lim Meng Seah Ketua Polis Daerah Miri

 ??  ??
 ??  ?? PEMANTAUAN: Lim (tiga kiri) sedang memeriksa pengenalan diri pelawat negara jiran dalam operasi tersebut.
PEMANTAUAN: Lim (tiga kiri) sedang memeriksa pengenalan diri pelawat negara jiran dalam operasi tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia