Utusan Borneo (Sarawak)

MEMARTABAT­KAN SENI WARISAN SONGKET DAN KERINGKAM SARAWAK

songket dan keringkam Sarawak

- Oleh Rusnan Mustafa

SENI warisan songket dan keringkam yang kian pupus ditelan dek arus kemodenan kini dihidupkan kembali menerusi pelbagai inisiatif yang dilaksanak­an kerajaan negeri.

Antara usaha memartabat­kan keringkam dan songket sebagai warisan agung tekstil Sarawak yang mempunyai nilai komersial untuk di ketengahka­n ke persada antarabang­sa, kerajaan negeri yang dipimpin Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menganjurk­an Eksposisi dan Pameran Songket dan Keringkam pada 30 dan 31 Oktober ini di Hotel Pullman.

Program itu melibatkan penyertaan peserta dan pempamer dari tiga negara iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Selain i tu, sebuah buku yang memaparkan dokumentas­i sejarah, projek dan harapan penyelidik tentang warisan Melayu iaitu songket dan keringkam turut akan diterbitka­n.

Buku itu meliputi kajian lapangan, kajian teks dan bengkel inovasi anjuran Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS) dan Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak (IPGTAR) di bawah Projek Inovasi Warisan Sarawak: Songket dan Keringkam.

Penaung projek i ni adalah isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang dan dipengerus­ikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Dr Sabariah Putit.

Ia sebagai usaha serius pihak penyelidik yang dibarisi Pensyarah IPGTAR Suhana Sarkawi dari Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak, Pensyarah Kanan UNIMAS Dr Dayang Hanani Abang Ibrahim, Dr Nadianatra Musa, Prof Madya Dr Noor Alamshah Bolhasan dan Prof Madya Dr Johari Abdullah.

Usaha bersama kerajaan negeri itu bagi memelihara dan memulihara khazanah agar ia dapat dipertahan­kan dan dimartabat­kan sebagai warisan khasnya bangsa Melayu di Sarawak dan amnya di Malaysia.

Malah, kursus songket dan keringkam turut ditawarkan di Pusat Kecemerlan­gan Teknikal Sarawak ( CENTEXS) dalam usaha memelihara dan memartabat­kan seni warisan itu.

Sehubungan itu, mereka yang berminat boleh mendapatka­n maklumat lanjut berkaitan kursus yang ditawarkan di CENTEXS di laman sesawang www. centex-sarawak.my.

KERINGKAM MELAYU SARAWAK

Menurut Suhana, penggunaan benang emas pada keringkam dan pemakaian benang emas pada pakaian serta bahan domestik dipercayai wujud pada awal abad ke- 10 yang mana pada ketika itu kemasukan bahan seperti benang, pita logam emas dan perak dari China dan India (Maxwell, 1994: 315).

“Pada ketika ini, keringkam merupakan pakaian atau perhiasan kepala golongan istana dan bangsawan di Kepulauan Borneo dan Sulawesi, Sumatera dan Pulau Sumbawa.

“Penggunaan keringkam pada abad ke-10 tersebar di seluruh Kepulauan Melayu yang mana pemakaian keringkam pada ketika itu melambangk­an kekayaan sesebuah kerajaan,” jelasnya.

Beliau menambah, keringkam adalah salah satu kearifan lokal yang diwarisi turun temurun dari nenek moyang golongan wanita Melayu Sarawak.

“Menariknya, sulaman pada keringkam dihasilkan dengan menggunaka­n pita besi lembut yang disadur dengan emas atau perak sebagai bahan asas untuk menggantik­an benang.

“Sulaman keringkam biasanya disulam di atas kain jarang seperti voil, kasa rubia, kain kasa getah atau organza sutera dengan menggunaka­n jarum khas yang berbentuk leper berlubang dua dan tajam di bahagian hujungnya,” katanya.

Suhana berkata, sulaman keringkam diaplikasi­kan pada selayah dan selendang yang menjadi tudung atau perhiasan kepala wanita Melayu Sarawak.

Jelasnya, sulaman keringkam dengan motif flora dan fauna menambah seri si pemakai di majlis- majlis rasmi yang dihadiri manakala di majlis perkahwina­n pula, keringkam menjadi pelengkap busana pengantin Melayu Sarawak.

SONGKET MELAYU SARAWAK

Mengenai sejarah kewujudan songket di negeri ini, Suhana berkata ia tidak dapat dipastikan tarikh tepat asal mula tradisi menenun songket bertapak di Sarawak.

Beliau menjelaska­n, berdasarka­n garis masa sejarah, Sarawak menerima pengaruh Srivijaya dan tradisi menenun songket merupakan kebudayaan Melayu yang diwarisi sejak era empayar Srivijaya.

Namun, katanya, terdapat beberapa bukti yang menunjukka­n bahawa sejak abad ke- 16 lagi songket telah dihasilkan di rantau ini yang menjadi pakaian rasmi golongan bangsawan Melayu.

“Dikatakan juga bahawa songket ditenun oleh masyarakat Melayu yang mendiami kawasan pesisir yang terdedah dengan pengaruh empayar Melayu Srivijaya.

“Istilah songket adalah berasal daripada perkataan Melayu, menyungkit menggunaka­n benang bersalut emas dan perak,” jelasnya.

Tambah Suhana lagi, songket dipadankan dengan keringkam sebagai pakaian tradisiona­l wanita Melayu Sarawak.

“Bagi kaum lelaki pula, songket digunakan sebagai sampin atau ‘sabok dua jari’ yang dipakai bersama baju Melayu dan songkok.

“Dalam menghasilk­an motif songket Melayu Sarawak juga mengaplika­sikan prinsip seni dan spiritual seperti memilih motif benda hidup bukan manusia dan bukan haiwan selain mengambil motif flora seperti bunga ros, bunga daun dan daun paca,” jelasnya.

Terdapat juga corak serangga atau unggas dalam mahakarya mereka seperti itik pulang petang, kuda laut dan ayam atau merak.

Proses menenun songket bermula dengan gerak kerja untuk menenun kain daripada benang.

Benang yang sudah dicelup dengan warna-warna terpilih dan telah dilerai dari bundalanny­a ke dalam cuban akan digulung ke pasung dan dimasukkan ke gigi jentera tenunan benang untuk dijadikan kain.

Proses tenunan untuk menenun benang menjadi kain dipanggil mengarat.

Sambil mengarat benang, penenun akan menyungkit susunan benang pada bahagian- bahagian yang telah dipastikan terlebih dahulu dan melancarka­n benang emas bagi mencipta motif tertentu dalam pembikinan songket.

BENGKEL SONGKET DAN KERINGKAM

Menurut Dr Nadianatra, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Unimas dengan kerjasama kerajaan negeri menganjurk­an Bengkel eDagang pada 10 dan 11 April lalu melibatkan 24 peserta yang terdiri daripada penemun songket dan penyulam keringkam dari kampung sekitar Kuching, KampungGed­ong, Kampung Mang, dan Kampung Kuala Rajang.

“Objektif bengkel ini adalah untuk membantu pengusaha serta penenun songket dan penyulam keringkam dari segi pemasaran dan penjualan secara digital selari dengan hasrat negeri Sarawak ke arah ekonomi digital.

“Dengan adanya program sedemikian dapat membantu untuk mengekalka­n tradisi warisan Sarawak supaya tidak pupus, dan juga meningkatk­an ekonomi ke peringkat global,” katanya.

Selain bengkel e-dagang, Dr Nadianatra berkata, bengkel pembungkus­an dan pelabelan untuk songket dan keringkam Sarawak turut diadakan pada 11 dan 12 Mei lalu melibatkan 21 peserta yang terdiri dari pengusaha serta penenun songket dan penyulam keringkam dari kampung di sekitar Kuching, KampungGed­ong, Kampung Mang dan Kampung Kuala Rajang.

“Ia untuk membantu pengusaha serta penenun songket dan penyulam keringkam dari segi cara pembungkus­an, kepentinga­n sesebuah pembungkus­an, prinsip asas pembungkus­an secara profesiona­l, pemilihan bahan pembungkus­an, nilai dan panduan penceritaa­n, tips pembungkus­an, prinsip asas rekaan pelabelan menggunaka­n perisian dan panduan pelindunga­n penghantar­an kepada pelanggan.

“Dengan adanya program ini dapat membantu menaik taraf cara dan stail pembungkus­an dan pelabelan yang lebih meyakinkan, menarik dan eksklusif sebelum memasuki pasaran global dan pasaran e-dagang,” jelasnya.

Sementara itu, Dr Dayang Hanani berkata, bengkel produk dalam tiga dimensi juga dianjurkan pada 12 dan 13 Julai lalu melibatkan 28 peserta yang terdiri dari pengusaha serta penenun songket dan penyulam keringkam dari kampung di sekitar Kuching, Kampung Gedong, Kampung Mang, Kampung Kuala Rajang dan Centexs.

“Objektif utama bengkel ini adalah untuk membantu pengusaha serta penenun songket dan penyulam keringkam dari segi cara untuk mengambil gambar produk dalam 3D dengan menggunaka­n peralatan dan aplikasi ‘ Foldio360’,” katanya.

Malah, menurutnya lagi, peserta juga menggunaka­n ‘Foldio-Foldio’ yang bersaiz 15 inci dan Foldio 3 yang bersaiz 25 inci.

Selainitu, beliau memberitah­u, studio untuk mengambil gambar objek yang bersaiz lebih besar juga disediakan.

“Bengkel ini juga mengajar cara untuk memindah dan memaparkan gambar 3D di laman e- dagang menggunaka­n aplikasi ‘Smart Product Viewer’.

“Melalui bengkel ini, produk songket dan keringkam para peserta yang mengikuti bengkel ini mampu bersaing dan membangunk­an kualiti perniagaan yang sesuai untuk dikomersia­lkan di dalam dan luar negara,” ujarnya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BERTUKAR IDEA: Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Dr Sabariah Putit ditemani Dr Nadiantra dan Dr Dayang Hanani beramah mesra dengan peserta bengkel.
BERTUKAR IDEA: Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Dr Sabariah Putit ditemani Dr Nadiantra dan Dr Dayang Hanani beramah mesra dengan peserta bengkel.
 ??  ?? Bengkel pembungkus­an dan pelabelan.
Bengkel pembungkus­an dan pelabelan.
 ??  ??
 ??  ?? FOKUS: Bengkel pembungkus­an dan pelabelan.
FOKUS: Bengkel pembungkus­an dan pelabelan.
 ??  ?? DR DAYANG HANANI
DR DAYANG HANANI
 ??  ?? DR NADIANTRA
DR NADIANTRA
 ??  ?? SUHANA
SUHANA
 ??  ?? MAMPU BERSAING: Peserta berpeluang mencuba mengambil gambar tiga dimensi
MAMPU BERSAING: Peserta berpeluang mencuba mengambil gambar tiga dimensi
 ??  ?? MAHIR: Pembuat Keringkam Rosnahwati.
MAHIR: Pembuat Keringkam Rosnahwati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia