Utusan Borneo (Sarawak)

Kampus Muzium siap Mac 2019

Kerja di tahap 92 peratus kemajuan, bakal menjadi tempat mesti dikunjungi apabila dibuka kepada umum pada 2020

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kerja- kerja pembinaan Kampus Muzium Sarawak berjalan lancar dan dijadual siap pada Mac 2019 sebelum dibuka kepada orang ramai pada 2020.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, projek yang menelan kos RM308 juta itu merangkumi dua komponen.

Komponen pertama melibatkan kerja-kerja pembinaan bangunan Kampus Muzium bersama Bangunan Utama.

Manakala, komponen kedua adalah kerja-kerja pengubahsu­aian Bangunan Muzium Lama yang meliputi pelbagai komponen.

“Untuk peringkat pertama iaitu Kampus Muzium dan juga Bangunan Utama, kerjakerja pembinaan bangunan telah mencapai 92 peratus kemajuan.

“Bagaimanap­un, selepas siap pada Mac 2019 ia akan mengambil masa setahun lagi untuk proses memasukkan bahan muzium sebelum boleh dibuka kepada umum,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sebelum lawatan ke tapak kerja pembinaan Projek Kampus Muzium Sarawak di sini, semalam.

Terdahulu, Abdul Karim menghadiri taklimat berhubung kemajuan projek oleh pemaju diikuti taklimat oleh Jabatan Muzium Sarawak mengenai kandungan dalaman Kampus Muzium apabila siap nanti.

Abdul Karim yang teruja dengan projek itu berkata, ia akan menjadi tempat yang mesti dikunjungi oleh pelancong apabila ke negeri ini.

Muzium ini katanya, akan menjadi kebanggaan rakyat Sarawak kerana mencermink­an identiti negeri ini yang kaya dengan keunikan budayanya.

“Setiap aras dalam bangunan Kampus Muzium ini akan mempamerka­n seni yang berbeza di mana ada Galeri Kanak-Kanak dan juga Muzium Interakif yang mempamerka­n bagaimana ‘ pua kumbu’ dibuat oleh orang kita secara sebenar.

“Ada juga auditorium untuk kumpulan pelawat yang besar bagi tujuan seminar dan sebagainya dan juga boleh digunakan oleh pelajar luar negara untuk menjalanka­n penyelidik­an mereka,” katanya.

Dalam pada itu Jabatan Muzium Sarawak kini sedang giat melatih kakitangan­nya untuk menguruska­n setiap bahagian dalam muzium ini sebaik dibuka nanti.

Bagi memastikan Muzium Sarawak diurus dengan baik, pindaan juga akan dibuat ke atas Ordinan Warisan Budaya Sarawak 1993 pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Mei, 2019.

Pihak jabatan juga merancang untuk mewujudkan pejabat pentadbira­n di Zon Utara dan Tengah selain di Selatan.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Hii Chang Kee dan Pengarah Jabatan Muzium Sarawak Ipoi Datan.

Bagaimanap­un, selepas siap pada Mac 2019 ia akan mengambil masa setahun lagi untuk proses memasukkan bahan muzium sebelum boleh dibuka kepada umum.” Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

 ??  ??
 ?? — Gambar Chimon Upon ?? TERUJA: Abdul Karim (dua kiri) melawat kerja-kerja pembinaan di tapak Projek Kampus Muzium Sarawak di Kuching semalam. Turut kelihatan Hii (kanan).
— Gambar Chimon Upon TERUJA: Abdul Karim (dua kiri) melawat kerja-kerja pembinaan di tapak Projek Kampus Muzium Sarawak di Kuching semalam. Turut kelihatan Hii (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia