Utusan Borneo (Sarawak)

LELAKI DILAPOR HILANG DI HUTAN DITEMUI SELAMAT

-

KUCHING: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang oleh isterinya di hutan Kampung Simpok, Padawan berjaya ditemui dalam keadaan selamat, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa berusia 36 tahun itu ditemui kira-kira lima kilometer dari Pos Kawalan Bomba (PKB) pada kira-kira jam 4 pagi oleh penduduk kampung serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarka­n sebaik sahaja laporan dibuat oleh isteri mangsa pada jam 9 malam dan ditangguhk­an pada jam 12.35 tengah malam berikutan keadaan semakin gelap.

“Operasi tersebut bagaimanap­un disambung semula pada jam 2.21 pagi dan mangsa berjaya dijumpai terbaring di hutan dalam keadaan lemah kira-kira jam 4 pagi dan diberikan rawatan awal oleh unit EMRS di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mangsa kemudian dibenarkan pulang selepas dia enggan untuk dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

Operasi SAR tersebut tamat pada jam 5.21 pagi.

Difahamkan, mangsa sekitar jam 11 pagi bersama isterinya masuk ke hutan tersebut untuk mencari sayur, namun isterinya berpatah balik ke rumah kerana tertinggal sesuatu.

Mangsa kemudian terus hilang dan usaha menghubung­i telefon bimbitnya tidak berjaya menyebabka­n isterinya membuat laporan kepada pihak bomba.

 ??  ?? SYUKUR: Mangsa duduk kepenatan dan diberikan bantuan oleh anggota bomba.
SYUKUR: Mangsa duduk kepenatan dan diberikan bantuan oleh anggota bomba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia