Utusan Borneo (Sarawak)

BERANGAN KERJA DI UK, TIGA BERANAK RUGI LEBIH RM14,000

-

SIBU: Berangan menjadi pelayan restoran di United Kingdom (UK), tiga beranak kerugian lebih RM14,000 dalam satu lagi kejadian penipuan.

Gaji yang ditawarkan berjumlah 250 pound sterling seminggu cukup lumayan bagi seorang ibu berusia 45 tahun untuk melepaskan kerjayanya sebagai jurukecant­ikan di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, pengadu yang begitu teruja untuk mengambil peluang pekerjaan itu telah menyerahka­n RM1,500 kepada seorang ejen wanita sambil disaksikan oleh seorang rakannya pada 3 Oktober lalu.

“Hasrat pengadu itu turut menarik minat dua anaknya yang ingin mengikuti ibu mereka bekerja sebagai pelayan restoran di UK,” katanya.

Keesokanny­a, pengadu sekali lagi membuat deposit tunai tambahan berjumlah RM3,000 ke akaun bank untuk urusan dokumentas­i dua anaknya.

Pada 11 Oktober lalu, pengadu sekali lagi membuat deposit tunai berjumlah RM9,624 ke akaun sama untuk urusan tiket penerbanga­n.

Apabila, ejen pekerjaan itu gagal dihubungi hampir tiga minggu, anak pengadu bertindak buat semakan di Qatar Airways dan mendapati nama mereka beranak tiada dalam senarai daftar penerbanga­n ke UK.

Kecewa dengan kerugian yang dialami, pengadu tampil untuk membuat laporan polis di balai polis di sini semalam.

Menurut Stanley, suspek berjaya memperdaya­kan pengadu untuk membuat bayaran bagi mendapatka­n pekerjaan di luar negara yang sebenarnya tidak wujud.

“Kes tersebut kini dalam siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” tambah beliau.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia