Utusan Borneo (Sarawak)

DUA TAPAK BINAAN DISERBU

Seorang wanita tidak diketahui asalnya ditahan bersama 38 warga Indonesia dalam Ops Libas PGA Miri.

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Seorang wanita yang tidak diketahui kewarganeg­araannya antara yang ditahan bersama 38 warga Indonesia dalam serbuan di dua lokasi berasingan di sini, petang kelmarin.

Serbuan dijalankan menerusi Ops Libas oleh Cawangan Risik Batalion Ke-12 (BN12) Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri di dua lokasi iaitu tapak pembinaan perumahan di Permyjaya dan Senadin kira-kira jam 3 petang.

Pegawai Pemerintah BN12 Superinten­den Tan Hiap Seng berkata, serbuan dijalankan seorang pegawai dan 42 anggota BN12 PGA serta 12 pegawai imigresen.

“Hasil maklumat risikan yang diperolehi, kira-kira jam 3 petang, pegawai dan anggota yang ditugaskan telah membuat serbuan dan pemeriksaa­n ke atas kedua-dua lokasi tersebut.

“Hasil pemeriksaa­n telah menahan seramai 31 lelaki dewasa dan lapan wanita dewasa. Di lokasi pertama seramai empat tangkapan, manakala di lokasi kedua, 35 tangkapan.

“38 daripadany­a adalah warganegar­a Indonesia, manakala seorang wanita tidak diketahui kewarganeg­araannya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Kesemua yang ditangkap kemudianny­a diserahkan kepada pihak Imigresen Bahagian Miri untuk tindakan lanjut.

Tan menjelaska­n, kesemua yang ditangkap disiasat atas pelbagai kesalahan melibatkan imigresen.

“Seramai 16 orang disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, 15 orang di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan lapan orang di bawah Seksyen 11(7)(a) Peraturan-Peraturan Imigresen,” katanya.

 ??  ?? DIPERIKSA: Anggota bertugas sedang membuat pemeriksaa­n pengenalan diri ke atas pekerja-pekerja di sebuah tapak pembinaan rumah di Permyjaya, kelmarin.
DIPERIKSA: Anggota bertugas sedang membuat pemeriksaa­n pengenalan diri ke atas pekerja-pekerja di sebuah tapak pembinaan rumah di Permyjaya, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia