Utusan Borneo (Sarawak)

LINDUNGI TAMAN PUSAT MARINA DARIPADA LAKU MUSNAH

-

MIRI: Syarikat pemaju Taman Pusat Marina meminta kerjasama awam untuk bersama menjaga dan melindungi kemudahan taman daripada gejala laku musnah.

Pihak pengurusan Pantai Bayu Indah Sdn Bhd meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan pihak tidak bertanggun­gjawab merosakkan tiang lampu gergasi di taman itu.

Mahu gejala buruk itu dihentikan, syarikat itu menegaskan pembinaan taman adalah untuk kegunaan awam.

“Dua tiang lampu gergasi telah dirosakkan. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana taman ini adalah sebahagian daripada usaha kita untuk mencantikk­an Miri. Kemudahan ini disediakan adalah untuk kegunaan pengunjung.

“Sehubungan itu, kita menggesa penduduk Miri untuk bersama menjaga taman ini dan kemudahan yang disediakan,” ujarnya.

Tiang lampu gergasi yang ditutup dengan panel kaca, dibina untuk menghiasi dan menerangi taman dengan lampu warna yang berbeza pada masa-masa tertentu.

Taman Marina kini telah menjadi pusat perhimpuna­n popular serta hab sosial untuk penduduk Miri.

Selain taman bandar, ia menjadi pusat sambutan pelbagai aktiviti perayaan dan kebudayaan serta acara hiburan sepanjang tahun.

Dengan pokok-pokok yang rindang, landskap subur, laluan joging, laluan pejalan kaki dan berbasikal, taman itu adalah pilihan terbaik untuk penduduk menjalani gaya hidup sihat.

“Oleh itu, kita meminta sokongan dan pertimbang­an penduduk Miri agar melindungi kemudahan di taman ini,” katanya.

 ??  ?? TUMPUAN: Dua tiang lampu gergasi yang menghiasai Taman Pusat Marina. HENTIKAN: Kerosakan pada tiang lampu gergasi di Taman Pusat Marina.
TUMPUAN: Dua tiang lampu gergasi yang menghiasai Taman Pusat Marina. HENTIKAN: Kerosakan pada tiang lampu gergasi di Taman Pusat Marina.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia