Utusan Borneo (Sarawak)

13 sekolah DUN Layar dijangka sertai sesi ‘ Town Hall’ pendidikan 28 Oktober

-

BETONG: Sebanyak 13 sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Layar dijangka menyertai sesi ‘Town Hall’ Pembanguna­n Pendidikan DUN Layar pada 28 Oktober ini yang dirangka khas membimbing pemimpin akar umbi.

Program sempena Betong Fest 2018 itu akan berlangsun­g di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong.

Menurut jurucakap penganjur, sesi ‘Town Hall’ tersebut yang diilhamkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Gerald Rentap Jabu dianjurkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Betong.

“Program ini adalah sebahagian pendekatan untuk mendekati warga pendidikan dan masyarakat dalam proses perolehan dan penyaluran maklumat.

“Medium ini bagi menerangka­n dan memberi ruang kepada pihak-pihak berkepenti­ngan tentang aspek kemajuan sekolah, memberi pandangan dan cadangan untuk mewujudkan persekitar­an sekolah berkesan dan mengupayak­an kemenjadia­n murid-murid,” katanya.

Jelasnya, penganjur men- yasarkan seramai 300 orang terlibat terdiri daripada pemimpin setempat, pemimpin organisasi ( PPD Betong), pemimpin sekolah (pengetua, guru besar dan penolong-penolong kanan), wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta orang ramai.

“Program ini bertujuan mewujudkan kesedaran dan jurang pencapaian pendidikan (akademik) antara bandar dan luar bandar.

“Selain itu mewujudkan kolaborati­f antara kalangan pemimpin sekolah, masyarakat dan pemimpin setempat untuk meningkatk­an prestasi kurikulum, seterusnya menerapkan hubungan dua hala,” katanya.

Antara sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan ( SK) Abang Abd Kadir, SK Nanga Ajau, SK Nanga Lawih, SK Nanga Passa, SK Nanga Spak, SK Saka, SK St Augustine, SK St Mark, SK St Peter & St Paul, SK St Bartholome­w dan SJK (C) Chung Hua Betong, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hulu Layar, SMK Datuk Patinggi Kedit, SMK St Augustine, Kolej Vokasional dan Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM) Betong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia