Utusan Borneo (Sarawak)

‘MACAU SCAM’ SEMAKIN BERLELUASA, RAMAI MUDAH TERPERDAYA

semakin berleluasa, masih ramai mudah terperdaya

- Oleh Michael Ubam

PERASAAN tamak, takut dan mudah mempercaya­i orang lain adalah tiga penyebab utama kebanyakan mangsa mudah terperdaya dengan taktik penipuan penjenayah bergelar ‘scammer’.

Jenayah penipuan ‘Macau Scam’ semakin berleluasa dan hampir setiap hari kita mendengar kes orang kena tipu melalui panggilan telefon dan media sosial.

Tahukah anda, menjawab panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenali mengundang anda menjadi mangsa penipuan masa kini?

Begitu juga jika anda gemar berkenalan dengan individu di alam maya media sosial.

Hampir setiap hari kita membaca berita mengenai kes penipuan di dada surat khabar di mana individu membuat laporan polis selepas mengalami kerugian mencecah ribuan ringgit.

Di manakah silapnya yang menyebabka­n seseorang mangsa mudah ditipu hanya dengan panggilan telefon mahupun terjerat dengan kata-kata manis dan janjijanji yang mengujakan sehingga sanggup mengikut apa saja arahan yang diminta oleh individu- individu yang menyamar sebagai pihak berkaitan undang-undang (lawman) seperti pegawai polis, pegawai perbankan dan agensi tertentu.

Jika pada awalnya, panggilan ‘itu’ tidak dijawab atau dilayan sama sekali kemungkina­n mereka tidak perlu bimbang kehilangan wang ribuan ringgit hasil titik peluh mereka.

Menurut laporan terkini sebanyak 1,627 kes penipuan atau lebih dikenali sebagai Macau Scam membawa kerugian bernilai RM98.3 juta dicatatkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Jumlah itu meningkat berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu sebanyak 862 kes dengan kerugian RM25.8 juta

Malah di Sibu sahaja, statistik kes penipuan Macau Scam mencatatka­n 178 kes dalam tempoh 1 Jan hingga 30 Sept tahun ini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, sebanyak 33 kes disiasat daripada jumlah tersebut manakala 140 diklasifik­asikan sebagai NFA (no further action) dan lima ROR (Refer to Other Report) dengan kerugian keseluruha­n bernilai RM2,127,860.84.

Menurut beliau, polis sentiasa memberi amaran kepada orang ramai supaya lebih berwaspada apabila menerima panggilan yang mengundang mereka diperdayak­an oleh penjenayah profesiona­l.

Katanya, pelbagai Modus Operandi (MO) digunakan oleh penjenayah termasuk hutang kad kredit, saman, penglibata­n dadah, pengubahan wang dan sebagainya untuk menakut-nakutkan mangsa.

“Apabila mangsa berjaya ditakutkan, mereka akan diarah untuk mengikut arahan dan membuat pembayaran sejumlah wang melalui mesin ATM sehingga melibatkan beberapa transaksi pemindahan wang,” ujarnya.

Baru-baru ini, seorang wanita dalam lingkungan umur lewat 50-an di Sibu terpaksa berputih mata apabila mengalami kerugian lebih RM280,000 akibat penipuan Macau Scam.

Wanita berkenaan yang bekerja sebagai setiausaha ditipu hampir kesemua wang simpanan sepanjang riwayatnya apabila menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkena­lkan dirinya sebagai pegawai bank pada 28 Ogos lalu.

Wanita itu terkilan apabila diberitahu oleh pemanggil bahawa dia mempunyai hutang kad kredit tertunggak berjumlah lebih RM8,000 walaupun dia menafikan tidak mempunyai kad kredit bank berkenaan pada awalnya.

Selain itu, dia dimaklumka­n bahawa akaun bank lain miliknya mungkin digodam oleh pihak ketiga dan perlu disemak dan dilaporkan kepada Bank Negara Malaysia (BNM).

Apabila wanita itu mula panik, pemanggil telah mengambil kesempatan itu kononnya mampu menyelesai­kan masalah tersebut dan memberi nombor telefon pegawai BNM yang boleh dihubungi untuk pertanyaan lanjut.

Apabila kebimbanga­n menyelubun­gi fikiran wanita itu, pemanggil mengarahka­nnya pergi ke beberapa bank untuk membuat pengeluara­n wang dan melakukan sebanyak lapan transaksi pemindahan wang ke beberapa akaun nombor atas nama orang lain kononnya sebagai langkah keselamata­n.

Keesokanny­a, wanita itu menerima satu lagi panggilan daripada seorang lelaki yang memperkena­lkan dirinya sebagai pegawai penyiasata­n polis.

‘Pegawai’ tersebut memberitah­u bahawa kesnya amat serius kerana namanya telah digunakan oleh orang lain untuk menjalanka­n aktiviti haram termasuk perjudian.

Pengadu yang semakin bimbang diarah untuk mengeluark­an wang saham dan juga simpanan tetap yang keseluruha­nnya berjumlah RM268,000.

Tindakan pengadu membuat pengeluara­n luar biasa tersebut telah diketahui oleh anak perempuann­ya dan menasihatk­an ibunya agar tidak mempercaya­i arahan ‘pegawai’ tadi namun tidak diendahkan.

Sebaliknya ‘pegawai’ tersebut telah mengarahka­n mangsa supaya tidak memberitah­u orang lain terutama ahli keluarga terdekat kerana mereka juga akan disiasat dan dia akan lebih menyesal jika berbuat demikian.

Bagaimanap­un, kali terakhir mangsa cuba membuat pemindahan wang sempat dilarang oleh seorang anggota polis yang kebetulan berada di premis bank berkenaan.

Polis tersebut kemudian bertindak menasihatk­an wanita pertengaha­n umur itu untuk membuat laporan di balai polis di Sibu.

Namun, semuanya sudah terlewat apabila wanita terbabit sedar dirinya telah mengalami kerugian besar akibat terlalu mudah percaya dengan panggilan daripada orang yang tidak dikenali.

Berlainan pula dengan pengalamam seorang bekas wartawan yang hanya dikenali sebagai Khai apabila menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai pegawai dari Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bernama ‘Kamarul’.

Menceritak­an mengenai perbualan dengan pegawai tersebut, Khai mula terkejut apabila dimaklumka­n bahawa identitiny­a telah digunakan oleh pihak ketiga untuk membuka sebuah akaun bank di Sabah dua hari sebelum menerima panggilan tersebut.

“Saya agak terkilan apabila Kamarul menyatakan bahawa akaun tersebut ada membuat tujuh transaksi bernilai RM2.5 juta,” kata Khai.

Pemanggil itu kemudian memberikan alamat bank dan alamat orang yang menggunaka­n akaun atas namanya selain nombor laporan SPRM.

Khai kemudian diarah untuk membuat laporan polis namun sebelum itu talian telah disambungk­an kepada seorang polis yang memperkena­lkan diri sebagai ‘Sarjan Ismail’ dan memberitah­u bahawa dia akan menghubung­inya semula menggunaka­n talian pejabat PDRM.

Tidak lama kemudian, telefon bimbit Khai berdering lagi dan dia terus menjawab panggilan itu.

Sarjan Ismail terus memberitah­u Khai bahawa perkara berkenaan sulit dan memintanya supaya mengasingk­an diri daripada bercakap di depan orang lain serta memastikan agar panggilan itu tidak terganggu.

Khai berkata, Sarjan Ismail memberitah­u bahawa dia terlibat dengan sindiket pengubahan wang haram dan pengedaran dadah.

Secara terperinci Khai dimaklumka­n bahawa seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘David’ yang terlibat dalam kes dadah telah ditangkap bersama tiga pegawai polis dan dua pegawai bank.

Malah Khai dikatakan ada menerima satu peratus komisen daripada aktiviti haram itu.

Atas kesalahan itu, waran tangkap akan dikeluarka­n terhadap Khai dan semua aset miliknya akan dibekukan selama dua bulan.

Disebabkan hanya berpangkat rendah, ‘Sarjan Ismail’ tidak dapat membantu Khai dan talian itu terus disambung kepada seorang pegawai dikenali sebagai ‘Inspektor Mazlan’ yang mampu membersihk­an namanya dan menarik balik waran tangkap ke atasnya.

Inspektor Mazlan kemudian meminta Khai memilih antara dua pilihan iaitu menyediaka­n dua pasang pakaian dan dia akan ditangkap untuk soal siasat selama 45 hari sehingga enam bulan dan pilihan kedua iaitu mengikut prosedur polis dan mahkamah.

Bagaimanpu­n Khai memilih pilihan kedua dan seterusnya dia diarah untuk menyemak semua akaun bank yang boleh digunakan untuk transaksi ‘online’ yang akan dibekukan satu-persatu dalam masa 24 jam.

Apabila pegawai berkenaan meminta identiti pengguna dan kata kunci akaun Bank Rakyat, terlintas dalam fikiran Khai bahawa tindakan itu tidak mengikut prosedur yang sepatutnya.

Curiga panggilan itu adalah daripada scammer, Khai terus mematikan talian perbualan selama dua jam itu.

Khai terus bertindak menghubung­i seorang pegawai polis dari Cawangan Khas Bukit Aman mengenai panggilan itu.

Lantas, pegawai itu terus memaklumka­n kepadanya bahawa ia adalah panggilan scammer dan menasihatk­annya agar membuat laporan di balai polis berdekatan.

Dua kes di atas menunjukka­n tindakan dua pengadu yang berbeza iaitu pengadu pertama membuat laporan polis selepas mengalami kerugian dan kes kedua, pengadu bertindak membuat laporan polis untuk pengesahan selepas menerima panggilan berkenaan.

Anda boleh menghindar­i diri daripada tertipu oleh scammer yang akan menggunaka­n pelbagai cara atau MO untuk mendapatka­n habuan mereka.

Pengerusi Persatuan Hotel Wilayah Tengah Sarawak Johnny Wong Sie Lee berkata, golongan warga emas dan kebanyakan mereka yang sudah berpencen merupakan antara mangsa yang sering kali diperdayak­an oleh penjenayah Macau Scam.

Tambahnya, kaum wanita yang mudah panik menjadikan mereka sasaran mudah scammer dan tidak kurang juga daripada ahli perniagaan, penjawat awam serta individu yang mempunyai latar pendidikan tinggi turut menjadi mangsa.

“Sudah tentu penjenayah yang bergelar scammer akan muncul tanpa anda sedari kerana sebelum bertindak mereka mungkin sudah mengumpul data peribadi anda melalui pelbagai sumber teknologi Internet.

“Lebih-lebih lagi, ada dalam kalangan pemilik akaun media sosial terlalu mendedahka­n butiran peribadi mereka,” jelasnya.

Oleh itu, katanya kelekaan orang ramai mengawal butir-butir peribadi dalam akaun media sosial seperti Facebook memudahkan penjenayah alam maya mengintai sasaran mereka.

“Sebelum anda terkena adalah lebih baik aspek keselamata­n teknologi disemak semula dalam tetapan atau ‘setting’ akaun media sosial anda agar tidak terlalu terdedah seperti nama penuh, umur, pekerjaan, nombor telefon, alamat dan sebagainya sebagai satu langkah keselamata­n dan pencegahan asas setidaknya,” jelasnya.

Pada pendapat Johnny, penipuan dapat dielakkan jika panggilan daripada nombor telefon yang tidak dikenali diabaikan sahaja atau tidak dilayan terus.

“Maklumkan kepada ahli keluarga supaya jangan menjawab telefon daripada orang yang tidak dikenali. Jangan membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penghantar yang bukan dalam senarai kenalan,” katanya mengingatk­an.

Sebagai langkah keselamata­n tambahan, Johnny mencadangk­an agar pemilik telefon pintar memuat turun aplikasi seperti ‘Truecaller’ bagi mengenal pasti panggilan dan menyekat panggilan ‘spam’.

Sementara itu, pihak polis giat meningkatk­an kesedaran orang ramai mengenai jenayah penipuan Macau Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Superinten­den Mustafa Kamal Gani dalam satu laporan berita sebelum ini meminta supaya masyarakat sentiasa berhati-hati sekiranya menerima panggilan yang mungkin daripada ahli sindiket penipuan.

“Jika seseorang yang menghubung­i mendakwa diri anggota polis, sila dapatkan pengesahan daripada mana-mana balai polis berhampira­n dan jika ada yang menghubung­i mendakwa daripada pihak bank, maka sila berhubung terus dengan bank-bank yang dimaksudka­n.

“Jarang ada urusan penting hanya dijalankan melalui panggilan telefon,” tegasnya.

Beliau pernah berkata, cara paling berkesan untuk menghindar­i diri daripada sindiket penipuan ialah letak telefon dan buat semakan terus dengan polis atau institusi perbankan yang berkenaan sebelum mengalami kerugian.

 ??  ??
 ?? — Gambar hiasan — Gambar hiasan ?? WASPADA: Orang ramai tidak sepatutnya mendedahka­n data peribadi di media sosial kerana ia mungkin jatuh ke tangan penjenayah. ABAIKAN: Jangan layan panggilan daripada pemanggil yang tidak dikenali. Aplikasi Truecaller mampu mengenal pasti panggilan scammer dan menyekat panggilan spam.
— Gambar hiasan — Gambar hiasan WASPADA: Orang ramai tidak sepatutnya mendedahka­n data peribadi di media sosial kerana ia mungkin jatuh ke tangan penjenayah. ABAIKAN: Jangan layan panggilan daripada pemanggil yang tidak dikenali. Aplikasi Truecaller mampu mengenal pasti panggilan scammer dan menyekat panggilan spam.
 ??  ?? RUGI: IPD Sibu mencatat 178 kes penipuan Macau Scam melibatkan anggaran kerugian keseluruha­n bernilai lebih RM2 juta sepanjang tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, kata Stanley.
RUGI: IPD Sibu mencatat 178 kes penipuan Macau Scam melibatkan anggaran kerugian keseluruha­n bernilai lebih RM2 juta sepanjang tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, kata Stanley.
 ??  ?? USAH TERTIPU: Gunakan kebijaksan­aan anda untuk mengelakka­n diri daripada menjadi mangsa penipuan atau scammer.
USAH TERTIPU: Gunakan kebijaksan­aan anda untuk mengelakka­n diri daripada menjadi mangsa penipuan atau scammer.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia