Utusan Borneo (Sarawak)

LELAKI CARI BESI BAWAH JAMBATAN HILANG DIKHUATIRI LEMAS

-

BINTULU: Seorang lelaki yang sedang mencari besi di bawah Jambatan Kuala Tatau hilang dikhuatiri lemas di Sungai Kampung Haji Ismail, Kuala Tatau petang kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau merangkap Komander Operasi PPgB Nazari Harun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.10 petang.

Katanya, mangsa Zaibiya Zaini, 34, mungkin masih berada di bawah jambatan dan bantuan unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) juga digerakkan ke lokasi untuk mencari mangsa.

“Mangsa dikatakan menjalanka­n aktiviti mencari besi di bawah jambatan tersebut bersama adiknya sebelum ditarik arus sungai,” katanya semalam.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan kelmarin dan disambung semula pada jam 7 pagi semalam dengan kaedah ‘surface searching.’

“Sektor pencarian telah dibahagika­n kepada tiga iaitu muara Kuala Tatau, sungai Kuala Tatau dan bawah jambatan dengan radius pencarian kira-kira tiga kilometer,” ujarnya.

Operasi SAR turut melibatkan dua anggota Polis Marin Bintulu dan empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Manakala, anggota bomba Tatau dikerahkan ke lokasi dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda, sebuah bot penyelamat, sebuah lori dan lapan anggota PPDA BBP Bintulu serta sebuah pacuan empat roda dan dua anggota lain diketuai PB Helmantino Abang Awi,” jelasnya.

Menurutnya, paras air semakin surut ketika SAR semalam dan sedikit deras, namun sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa masih belum dijumpai.

 ??  ?? TERUSKAN USAHA: Anggota bomba bersama polis marin dan APM diberi taklimat mengenai SAR lelaki hilang dikhuatiri lepas di Sungai Kuala Tatau. Gambar sisipan Zaibiya.
TERUSKAN USAHA: Anggota bomba bersama polis marin dan APM diberi taklimat mengenai SAR lelaki hilang dikhuatiri lepas di Sungai Kuala Tatau. Gambar sisipan Zaibiya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia