Utusan Borneo (Sarawak)

PELUANG TIDAK TERNILAI

Warga kota teruja saksikan pertunjuka­n udara, pameran Hari Terbuka TUDM.

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sentiasa mengoptimu­mkan operasi setiap aset yang dimilikiny­a dalam menentukan kesiapsiag­aan di tahap tertinggi.

Perkara itu ditegaskan Panglima Tentera Udara Tan Sri Affendi Buang pada sidang media selepas merasmikan Hari Terbuka TUDM sempena Ulang Tahun Ke-60 TUDM di Pangkalan Udara Kuching di sini semalam.

Malah, beliau memberitah­u TUDM juga mempunyai perancanga­n pembanguna­n masa depan, tetapi kekurangan peruntukan menjadi penyebab utama ia belum dapat dilaksanak­an sepenuhnya.

“Masalah sekarang ini ialah kita mempunyai peruntukan yang tidak mencukupi yang mengakibat­kan perancanga­n untuk menentukan aset-aset kita di tahap yang dijangka ini memberi satu cabaran yang besar.

“Tetapi insya-Allah dengan adanya peruntukan yang lebih banyak diberikan, kita dapat meningkatk­an pembangu- nan aset kita dan buat masa ini kita mengoptimu­mkan operasi aset-aset yang sedia ada,” ujarnya.

Mengenai sumber tenaga kerja pula, Affendi berkata, TUDM tidak menghadapi masalah kekurangan anggota kerana ramai yang berminat dan memohon untuk menyertai TUDM.

Beliau menjelaska­n, pengambila­n anggota TUDM dibuat berdasarka­n kelayakan pemohon dan tidak berasaskan kaum dan negeri.

Menyentuh tentang Hari Terbuka TUDM yang julung kali diadakan di Kuching itu, beliau memberitah­u ia untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang keupayaan dan tatacara kerja TUDM.

“Kita sentiasa mengambil perhatian untuk menentukan bahawa masyarakat kita sentiasa diberi maklumat terkini mengenai keupayaan yang kita ada.

“Selain itu, seperti diketahui Kuching ini rapat dengan hati saya sebab saya berasal dari sini dan sepanjang hidup saya dalam TUDM tidak pernah ada Hari Terbuka seperti ini di Kuching, jadi inilah peluang kita untuk merapat dan memasyarak­atkan TUDM,” tambahnya.

Beliau turut gembira dengan sambutan yang hangat dari warga Kuching dan masyarakat sekitar dalam bersama-sama menjayakan Hari Terbuka TUDM 2018 ini.

“Seperti yang dijangkaka­n saya tiba di sini pagi tadi (semalam) sekitar jam 8.30 pagi, keadaan jalan sudah mula sesak tetapi kita telah menempatka­n petugas trafik bagi menangani masalah ini,” ujarnya.

Majlis perasmian Hari Terbuka TUDM itu semalam turut dihadiri Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong.

Pelbagai aktiviti lain turut diadakan sempena pameran sehari itu, termasuk pameran statik pesawat TUDM di kawasan dispersal.

Masalah sekarang ini ialah kita mempunyai peruntukan yang tidak mencukupi yang mengakibat­kan perancanga­n untuk menentukan asetaset kita di tahap yang dijangka ini memberi satu cabaran yang besar. Tan Sri Affendi Buang Panglima Tentera Udara

 ??  ??
 ??  ?? RASMI: Affendi menyempurn­akan simbolik perasmian Hari Terbuka Tentera Udara Diraja Malaysia 2018 di Pangkalan Udara Kuching, semalam.
RASMI: Affendi menyempurn­akan simbolik perasmian Hari Terbuka Tentera Udara Diraja Malaysia 2018 di Pangkalan Udara Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia