Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Afghan pertaruh nyawa mengundi di Kandahar

Wilayah terkenal penipuan ketika pengundian yang ditangguh di sebalik jaminan keselamata­n IEC yang diragui

-

KANDAHAR: Rakyat Afghan telah membahayak­an nyawa mereka untuk mengundi bagi pilihan raya perundanga­n di selatan Afghanista­n semalam, selepas pembunuhan seorang ketua polis yang berkuasa diakui oleh Taliban telah menangguhk­an proses pengundian selama seminggu.

Sejam selepas pengundian dijangka akan bermula, barisan panjang lelaki yang memakai serban dapat dilihat di luar pusat pengundian yang masih tertutup di bandar wilayah Kandahar yang sangat konservati­f, yang telah diselubung­i dengan keadaan kawalan keselamata­n yang ketat kerana bimbang mengenai serangan militan.

Lebih dari setengah juta orang telah berdaftar untuk mengundi di wilayah Kandahar di mana pihak penganjur telah berada di bawah tekanan bagi mengelakka­n kegagalan teruk pada hujung minggu lepas yang memaksa Suruhanjay­a Pilihan Raya Bebas ( IEC) untuk melanjutka­n pengundian di seluruh negara untuk sehari lagi.

Masalah dengan alat pengesahan biometrik yang tidak diuji, dokumen pengundi yang hilang atau tidak lengkap dan ketiadaan pekerja pilihan raya selepas ugutan Taliban untuk menyerang pengundian telah memaksa penduduk Afghan untuk menunggu beberapa jam di luar pusat pengundian, kebanyakan daripadany­a telah dibuka lewat atau tidak dibuka langsung.

Isu yang sama telah jelas di Kandahar, tempat kelahiran Taliban dan sebuah wilayah yang terkenal bagi penipuan dalam pengundian, dengan banyak pusat pengundian di bandar yang masih ditutup di sebalik jaminan daripada timbalan jurucakap IEC Kobra Rezaei kelmarin bahawa “kami benar- benar telah bersedia.”

“Saya telah berdiri di luar pusat pengundian sejak jam 6.00 pagi tadi, namun ia masih lagi belum dibuka,” pelajar universiti Mohammad, yang hanya menggunaka­n satu nama, memberitah­u AFP.

Pengundian di wilayah telah ditangguhk­an selepas kematian Jeneral Abdul Raziq pada 18 Oktober, seorang pemimpin anti-Taliban yang dilihat sebagai sebuah kubu terhadap keganasan di selatan, di sebalik kebimbanga­n terhadap keganasan yang berlaku.

Raziq adalah di antara tiga orang yang terbunuh dalam satu serangan semasa satu mesyuarat keselamata­n peringkat tinggi di bandar Kandahar yang telah dihadiri oleh Jeneral Scott Miller, komander kanan AS dan NATO di Afghanista­n.

Miller terselamat tanpa kecederaan, namun Brigadier Jeneral AS Jeffrey Smiley adalah di antara 13 orang yang tercedera dalam kejadian tembakan diakui oleh Taliban.

Ia telah diharapkan bahawa pelantikan Tadeen Khan adik lelaki kepada Raziq dan seorang anggota pasukan keselamata­n Afghan sebagai pemangku ketua polis wilayah akan membantu memastikan pilihan raya selamat dari keganasan.

“Saya perlu mengundi untuk satu masa depan yang lebih baik bagi negara saya,” peniaga Abdul Abbas memberitah­u AFP di luar sebuah pusat mengundi.

“Saya telah mengabaika­n semua ancaman bagi serangan dan letupan hanya untuk mengundi.”

IEC menunjukka­n kira-kira empat juta orang mengundi dalam pilihan raya parlimen pada hujung minggu lepas yang telah diadakan di 32 daripada 34 wilayah selepas persediaan yang huru-hara selama beberapa bulan.

Itu berbanding dengan hampir sembilan juta orang yang berada dalam senarai pengundi, namun ramai mengesyaki satu jumlah yang ketara bagi mereka adalah berdasarka­n kepada dokumen pengenalan diri palsu di mana penipu merancang untuk mengisinya ke dalam kotak undi.

Beberapa serangan telah merosakkan hari pertama pilihan raya pada 20 Oktober, dengan satu kiraan AFP menunjukka­n hampir 300 orang awam dan anggota keselamata­n telah terkorban atau tercedera dalam keganasan berkaitan dengan pilihan raya.

Terdapat peningkata­n lebih tinggi yang ketara berbanding dengan jumlah kemalangan jiwa oleh kerajaan, menyokong spekulasi bahawa pihak berkuasa telah sengaja tidak membesar- besarkan tentang keganasan supaya pengundi tidak akan berasa takut.

Percanggah­an ini turut menambah kepada kebimbanga­n mengenai kekurangan ketelusan dan kredibilit­i dalam pilihan raya, yang lewat lebih tiga tahun dan ketiga sejak kejatuhan Taliban pada 2001.

Lebih dari 2,500 calon, termasuk mullah, wartawan dan anak lelaki kepada ketua perang, telah bertanding untuk 249 kerusi dalam dewan rakyat. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TUNAI KEWAJIPAN: Seorang pegawai IEC mengimbas seorang pengundi dengan alat biometrik di sebuah balai undian untuk pilihan raya parlimen negara di wilayah Kandahar, semalam.
— Gambar AFP TUNAI KEWAJIPAN: Seorang pegawai IEC mengimbas seorang pengundi dengan alat biometrik di sebuah balai undian untuk pilihan raya parlimen negara di wilayah Kandahar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia