Utusan Borneo (Sarawak)

BELB manfaatkan Sebayang, Tusok

Projek yang dilaksanak­an oleh Kementeria­n Utiliti beri manfaat kepada 907 penduduk melibatkan 175 pintu bilik

- Oleh Kepu Sidi

TANJUNG MANIS: Sebanyak 175 pintu bilik penduduk rumah panjang dari kawasan Sebayang dan Tusok kini dilengkapi dengan kemudahan Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB).

Rumah panjang tersebut merangkumi Rumah Panting Untok, Mengkang Rangkong, Saung Abang, Entiu Yuoh, Balang Barang, Baki Bujok, Ukat Chileng, Johny Kubau, Bangga Mujah, Francis Bujang Jelan dan Unjil Rawu.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata, seramai 907 penduduk dari 11 rumah panjang terbabit telah mulai menikmati kemudahan tersebut pada tahun ini secara berperingk­at-peringkat.

“Kita sedar bahawa kemudahan ini telah lama dinantinan­tikan oleh masyarakat,

Pelaksanaa­n projek ini merupakan sebahagian komitmen kerajaan negeri membangunk­an kemudahan asas untuk rakyat. Datu Len Talif Salleh Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar

khususnya di kawasan luar bandar.

“Usaha ini juga membuktika­n bahawa kita sentiasa berusaha untuk merealisas­ikan setiap impian dan harapan masyarakat yang telah disampaika­n kepada kita selaku wakil rakyat mereka.

“Pelaksanaa­n projek ini merupakan sebahagian komitmen kerajaan negeri membangunk­an kemudahan asas untuk rakyat,” ujarnya pada Majlis Perasmian BELB di Rumah Panting Untok Sebayang, semalam.

Menurut Len, projek itu dilaksanak­an oleh Kementeria­n Utiliti Sarawak melalui projek penjanaan BELB.

Selain itu katanya, beberapa projek pembanguna­n lain juga sedang giat dijalankan di kawasan terbabit merangkumi pembinaan dan usaha menaik taraf jalan raya dan bekalan air bersih.

“Selain kemudahan elektrik, saya juga pernah berjanji untuk menyediaka­n jalan raya. Akhirnya janji-janji itu sudah ditunaikan. Bagaimanap­un, saya akan tetap berusaha membawa lebih banyak pembanguna­n untuk rakyat di sini.

“Tumpuan juga akan diberikan kepada kawasankaw­asan lain yang belum menikmati kemudahan ini. Apa yang saya harapkan ialah kerjasama semua termasuk pemimpin masyarakat dan penduduk setempat agar semua perancanga­n dapat dilaksanak­an dengan lancar,” katanya.

Sementara itu, Tuai Rumah Panting Untok berkata, kemudahan BELB adalah satu perkara yang telah lama dinanti-nantikan oleh penduduk di kawasan tersebut.

“Melalui usaha ini, selu- ruh penduduk di sini ingin mengucapka­n terima kasih. Kemudahan yang disediakan ini bukan sahaja memudahkan kehidupan seharian tetapi amat besar maknanya bagi kami,” ujarnya.

 ??  ??
 ??  ?? TURUN PADANG: Len hadir pada Majlis Perasmian BELB di Rumah Panting Untok Sebayang, semalam.
TURUN PADANG: Len hadir pada Majlis Perasmian BELB di Rumah Panting Untok Sebayang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia