Utusan Borneo (Sarawak)

Penunggang motosikal maut berlanggar kereta

Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke HUS untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Seorang penunggang motosikal maut selepas berlanggar dengan sebuah kereta di Kilometer 19 Jalan Datuk Mohd Musa, Kota Samarahan dekat sini kelmarin.

Menurut sumber, lelaki berusia 31 tahun dan berasal dari Kampung Pangkalan Kuap, Kota Samarahan itu semasa kejadian dalam perjalanan dari arah Kota Samarahan menuju ke Kota Sentosa sekitar jam 8.15 malam.

Difahamkan, setibanya di lokasi kejadian mangsa tidak sempat memberhent­ikan motosikaln­ya apabila sebuah kereta dari arah bertentang­an dikatakan membelok masuk ke satu simpang.

“Susulan itu, mangsa telah merempuh bahagian tepi kiri kereta tersebut menyebabka­n dia tercampak dari atas motosikaln­ya dan mengalami kecederaan parah.

“Orang ramai yang menyaksika­n kejadian tersebut kemu- dian segera menyelamat mangsa dan turut menghubung­i pihak ambulans,” kata sumber.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatka­n rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 11 malam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu semasa dihubungi mengesahka­n perkara tersebut dan memberitah­u mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan HUS untuk bedah siasat.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Izzuandy Ibrahim.

“Lokasi kejadian telah dilawati dan lakaran rajah kasar berserta gambar telah diam-

Susulan itu, mangsa telah merempuh bahagian tepi kiri kereta tersebut menyebabka­n dia tercampak dari atas motosikaln­ya dan mengalami kecederaan parah. Sumber

bil. “Kes disiasat di bawah Seksen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” katanya.

 ??  ?? HANCUR: Keadaan motosikal mangsa dalam kemalangan tersebut.
HANCUR: Keadaan motosikal mangsa dalam kemalangan tersebut.
 ??  ?? PARAH: Mangsa dikejarkan ke HUS untuk mendapatka­n rawatan kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia.
PARAH: Mangsa dikejarkan ke HUS untuk mendapatka­n rawatan kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia