Utusan Borneo (Sarawak)

Larian amal raih RM17,710 untuk keluarga Allahyarha­m Yahya Ali

-

KUCHING: Larian amal khas untuk Allahyarha­m Yahya Ali, angggota bomba yang terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada awal bulan ini berjaya mengutip dana RM17,710.

Sumbangan berkenaan hasil kutipan penyertaan peserta larian serta Safety First dari Kuala Lumpur.

Dianjurkan Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, larian amal bertemakan ‘Berlari Sambil Menderma’ itu disertai lebih 300 warga Kuching.

Ia bertujuan memberi penghormat­an kepada anak Sarawak yang berjuang menyelamat­kan nyawa sehingga meragut nyawanya sendiri.

Allahyarha­m Yahya antara enam anggota bomba yang terkorban dalam tragedi dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa lemas di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor.

Turut menyertai larian berkenaan ialah ibu bapa Yahya, Halimah Geronggong dan Ali Bengang yang datang dari Kampung Tian, Matu, Mukah.

Simbolik penyerahan kutipan disempurna­kan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Khirudin Drahman kepada keluarga mangsa.

Khirudin dalam ucapannya berkata, acara itu merupakan penghargaa­n kepada anggota yang menunjukka­n betapa pentingnya pengorbana­n anggota bomba di mata masyarakat.

“Kita mahu setiap anggota meningkatk­an produktivi­ti dalam perkhidmat­an kerana tugas yang dipikul kita melibatkan hidup dan mati,” katanya.

Beliau turut menyempurn­akan pelepasan larian sejauh 6.7 kilometer merangkumi kawasan Petrajaya seawal jam 6.15 pagi.

Selain larian pelbagai aktiviti turut diadakan termasuk pertunjuka­n pasukan Rapid Interventi­on Motorcycle (RIM) dan pertunjuka­n pasukan khas.

 ??  ?? SUMBANGAN: Khirudin menyampaik­an replika cek sumbangan kepada keluarga Yahya pada program tersebut, semalam.
SUMBANGAN: Khirudin menyampaik­an replika cek sumbangan kepada keluarga Yahya pada program tersebut, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia