Utusan Borneo (Sarawak)

RM4b untuk RECODA bangun tiga kawasan seluruh negeri

Ia merupakan satu pendekatan daripada kerajaan untuk membolehka­n pembanguna­n dijalankan dengan lebih fokus

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kerajaan negeri memperuntu­kkan kira-kira RM4 bilion kepada Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA) bagi projek pembanguna­n di tiga kawasan di bawahnya di seluruh negeri.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ketiga-tiga kawasan itu, Agensi Pembanguna­n Hulu Rajang (URDA), Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi (HDA) dan Agensi Pembanguna­n Wilayah Utara (NRDA) mempunyai potensi besar dalam pelbagai sektor.

“Bagi HDA kita telah memperuntu­kkan RM1.5 bilion, begitu juga URDA (RM1.5 bilion) sementara NRDA, RM1 bilion yang bergantung kepada pelaburan di kawasan itu nanti.

“Ia bagi projek pembanguna­n dilaksanak­an dalam tempoh dua tahun iaitu 2019-2020 dan butiran lanjut nanti saya umumkan pada 5 November (bajet negeri),” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama ‘RECODA Big Bike Ride’ sempena sambutan ulang tahun ke-10 Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini, semalam.

Terdahulu dalam ucapannya beliau berkata, ketiga-tiga kawasan berkenaan merupakan satu pendekatan daripada kerajaan untuk membolehka­n pembanguna­n dijalankan dengan lebih fokus.

Katanya, dengan itu RE- CODA mampu menumpukan pembanguna­n kawasan itu dari segi bekalan air, elektrik dan jalan raya.

“Saya selaku Pengerusi RECODA, mempunyai satu pendekatan untuk membangunk­an tiga kawasan ini sebagai kawasan yang mempunyai potensi dalam semua bidang.

“Ia pertamanya untuk pengeluara­n tenaga kuasa, keduanya sebagai pertanian moden dan ketiga dari segi pelanconga­n,” katanya.

Sebagai contoh kata Abang Johari, bagi URDA yang merangkumi Sibu hingga Kapit, ia mempunyai pemandanga­n yang menarik boleh dijadikan tarikan sekiranya jalan raya kawasan berkenaan disiapkan, selain kawasan yang mempunyai empangan hidroelekt­rik.

Sementara NRDA merangkumi Limbang, Lawas dan Miri katanya, mempunyai potensi untuk pelanconga­n khasnya dari Brunei sekiranya jalan atau akses yang lebih baik dibina.

Manakala bagi HDA yang merangkumi kawasan tanah tinggi di Baram, Abang Johari berkata ia berpotensi untuk pertanian komersial yang terkenal seperti Beras Bario dan sebagainya.

“Saya melihat ketiga-tiganya mempunyai potensi besar dan apa yang kita perlukan sekarang adalah kapasiti dari segi orang untuk mentransfo­rmasikan impian itu menjadi realiti,” tegasnya.

Abang Johari berkata, sekiranya kesemua kemudahan itu dapat dibangunka­n ia mewujudkan industri pengusaha kecil dan sederhana (PKS).

“Ini akan membangunk­an kawasan kita di luar bandar. Jika pekan-pekan yang ada dibangunka­n dengan cara teratur serta dengan rekaan tertentu, saya pasti ia menjadi tarikan kepada orang luar,” katanya.

Saya melihat ketiga-tiganya mempunyai potensi besar dan apa yang kita perlukan sekarang adalah kapasiti dari segi orang untuk mentransfo­rmasikan impian itu menjadi realiti. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Abang Johari menerima cenderamat­a daripada Ketua Pegawai Eksekutif RECODA Datu Ismawi Ismuni (tiga kiri) pada majlis tersebut.
PENGHARGAA­N: Abang Johari menerima cenderamat­a daripada Ketua Pegawai Eksekutif RECODA Datu Ismawi Ismuni (tiga kiri) pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia