Utusan Borneo (Sarawak)

SCORE bawa pelaburan RM33.64b ke Sarawak sejak 10 tahun lalu

-

KUCHING: Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) berjaya membawa pelaburan sebanyak RM33.64 bilion ke Sarawak sejak penubuhann­ya 10 tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA) Datu Ismawi Ismuni berkata, ia sekali gus mewujudkan lebih 17,093 pekerjaan kepada masyarakat tempatan sepanjang tempoh berkenaan.

“Sepanjang 10 tahun lalu, SCORE telah menjadi sinonim dengan industri dan pembanguna­n dan menyumbang ketara kepada pembanguna­n Sarawak dalam memacu pertumbuha­n ekonomi ke tahap lebih tinggi.

“Sejak penubuhann­ya pada 2008, SCORE telah membawa pelaburan bernilai RM33.64 bilion kepada negeri dan mewujudkan lebih 17,093 pekerjaan kepada penduduk tempatan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian berucap pada majlis makan tengah hari bersama ‘RECODA Big Bike Ride’ sempena sambutan ulang tahun ke-10 SCORE yang dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Pusat Konvensyen Borneo Kuching ( BCCK) di sini, semalam.

Tambah Ismawi, SCORE kini merupakan salah satu destinasi pilihan kepada pelabur tempatan dan asing, terutamany­a Taman Perindustr­ian Samalaju (SIP).

SIP katanya, telah dimasukan dalam Big Data Persatuan Pelaburan China, semasa Persidanga­n Antarabang­sa Zhuhai.

Mengenai RECODA, beliau berkata, lembaga telah memainkan peranan utama dalam membangunk­an infrastruk­tur asas di kawasan pembanguna­n SCORE yang melengkapk­an lebih daripada 205km jalan raya.

“Kami sedang dalam proses pembinaan jalan raya masuk ke Empangan Hidroelekt­rik Baleh sepanjang 73km dengan kos RM1.4 bilion.

“Kami akan memperting­katkan usaha ini dengan lebih 1,000km akan dibina untuk menyambung kawasan luar bandar berdekatan SCORE,” jelasnya.

Ismawi berkata, ini khasnya di tiga kawasan agensi pembanguna­n di bawah RECODA, iaitu Agensi Pembanguna­n Hulu Rajang (URDA), Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi (HDA) dan Agensi Pembanguna­n Wilayah Utara (NRDA).

Melalui tiga agensi pembanguna­n yang merupakan cetusan idea Ketua Menteri itu, RECODA menjangkak­an kadar pembanguna­n lebih pesat di kawasan luar bandar dari wilayah tengah hingga ke utara Sarawak.

Sementara itu, seramai 125 penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai acara berkenaan yang bermula dari Arena DBKU di Bukit Siol sebelum berhenti di Tebingan Kuching bagi memberi peluang kepada Ketua Menteri merasmikan Regata Sarawak dan seterusnya ke BCCK.

 ??  ?? KENANGAN: Abang Johari merakamkan kenangan bersama penunggang motosikal berkuasa tinggi sempena ‘RECODA Big Bike Ride’ di BCCK, semalam.
KENANGAN: Abang Johari merakamkan kenangan bersama penunggang motosikal berkuasa tinggi sempena ‘RECODA Big Bike Ride’ di BCCK, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia