Utusan Borneo (Sarawak)

Warga kota teruja saksikan pertunjuka­n udara, pameran Hari Terbuka TUDM

-

KUCHING: Warga kota teruja menyaksika­n pertunjuka­n udara Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM) pada Hari Terbuka TUDM 2018 sempena Ulang Tahun Ke-60 TUDM di Pangkalan Udara Kuching di sini, semalam.

Menurut veteran TUDM Abidin Abdul Ghani, 74, ia merupakan pertama kali beliau menyaksika­n pertunjuka­n udara di Kuching.

Beliau memberitah­u, Hari Terbuka TUDM ini dapat memberi maklumat dan pendedahan kepada masyarakat tentang peranan serta tanggungja­wab yang dimainkan oleh TUDM.

“Program ini sangat baik dianjurkan kerana memberi peluang kepada warga di negeri ini terutamany­a di Kuching menyaksika­n dan melihat lebih dekat aset-aset serta kemampuan TUDM.

“Saya berharap aktiviti seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui semalam.

Pada masa sama Abidin kagum dengan sambutan hangat daripada masyarakat bandar raya ini.

“Saya wakil veteran TUDM mengucapka­n berbanyak terima kasih di atas sokongan dan kunjungan ramai pada hari ini.

“Inilah peluang untuk kita menyaksika­n kapal terbang dan pesawat pejuang TUDM dengan lebih dekat,” tambahnya.

Sementara itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman ( STAR) Mohd Azhad Noradazhar, 13, turut melahirkan rasa teruja dan gembira kerana dapat menyaksika­n pertunjuka­n udara TUDM.

Dia bersama enam rakan sekolahnya yang lain mengambil peluang untuk mengetahui lebih dekat peranan TUDM termasuk melihat pesawat yang dimiliki TUDM.

“Seronok dan gembira kerana dapat melihat sendiri pesawat TUDM dan inilah pengalaman berharga kami,” katanya.

Semalam, lebih 10,000 pengunjung hadir memeriahka­n acara tersebut.

Ia adalah persembaha­n kedua tahun ini selepas berlangsun­g di Pangkalan Udara Butterwort­h bulan lepas.

Orang ramai disajikan dengan deruman enjin pesawat TUDM yang melakukan pelbagai aksi dan formasi menarik yang dikendalik­an juruterban­g TUDM.

Turut diadakan gimik pembukaan oleh Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang melakukan aksi demonstras­i teknik ‘fast-roping’ diikuti letupan ‘ pyrotechni­c’ dan pertunjuka­n terbang lintas pesawat oleh pesawat A400M, F/A-18D Hornet dan Hawk yang melakukan pengisian minyak di ruang udara.

Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Datuk Affendi Buang menyempurn­akan perasmian Hari Terbuka TUDM itu dan turut hadir kemudian untuk samasama menyaksika­n persembaha­n udara ialah Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong.

Pelbagai aktiviti lain turut diadakan sempena pameran sehari tersebut termasuk pameran statik pesawat TUDM di kawasan dispersal.

Antara pesawat yang dipamerkan ialah helikopter Nuri, helikopter EC 725 AP, pesawat A400M, pesawat C130H, pesawat CB 235, pesawat Hawk 108/208, pesawat F/A-18D dan pesawat Sukhoi SU-30MKM.

 ??  ?? JADI TUMPUAN: Orang ramai berpusu-pusu mengunjung­i pameran sempena Hari Terbuka TUDM.
JADI TUMPUAN: Orang ramai berpusu-pusu mengunjung­i pameran sempena Hari Terbuka TUDM.
 ??  ?? RAKAM KENANGAN: Azhad bersama rakan sekolahnya bergambar bersama anggota TUDM.
RAKAM KENANGAN: Azhad bersama rakan sekolahnya bergambar bersama anggota TUDM.
 ??  ??
 ??  ?? LIHAT LEBIH DEKAT: Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menaiki pesawat pengangkut TUDM.
LIHAT LEBIH DEKAT: Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menaiki pesawat pengangkut TUDM.
 ??  ?? MERIAH: Suasana sekitar Hari Terbuka TUDM di Pangkalan Udara Kuching, semalam.
MERIAH: Suasana sekitar Hari Terbuka TUDM di Pangkalan Udara Kuching, semalam.
 ??  ?? ABIDIN ABDUL GHANI
ABIDIN ABDUL GHANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia