Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua Menteri sifatkan penubuhan Jawatankua­sa Khas Kabinet MA63 oleh kerajaan persekutua­n sebagai berat sebelah

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Semakan dan penyelaras­an semula Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu dibincangk­an berdasarka­n Jawatankua­sa Antara Kerajaan (IGC).

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Jawatankua­sa Khas Kabinet MA63 yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutua­n adalah berat sebelah.

Justeru, beliau telah memaklumka­n kepada kerajaan persekutua­n mengenai hasratnya untuk mengadakan perbincang­an MA63 berdasarka­n IGC.

“IGC yang membincang­kan penubuhan Malaysia jelas menyatakan bahawa Sarawak dan Sabah diiktiraf sebagai rakan setara dalam penubuhan Malaysia.

“Justeru, bilangan anggota jawatankua­sa khas ini juga mestilah setara antara Sabah, Sarawak dan kerajaan persekutua­n,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jamuan Malam Gala Persatuan Peguam Bela Sarawak ( AAS) Cawangan Kuching di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Abang Johari berharap perbincang­an mengenai MA63 akan dibuat dalam semangat setia kawan.

Sementara itu, Menteri Muda Undang- Undang, Hubungan Kerajaan Negeri- Persekutua­n dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali yang ditemui pada majlis yang sama berkata, kerajaan Sarawak telah memaklumka­n secara bertulis kepada kerajaan persekutua­n pimpinan Pakatan Harapan (PH) mengenai perkara itu selepas pengumuman oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong.

Bagaimanap­un menurut Hasidah, kerajaan Sarawak masih belum menerima sebarang respons daripada kerajaan persekutua­n berhubung perkara itu.

Dalam pada itu Jawatankua­sa Khas Kabinet MA63 yang ditubuhkan itu diketuai sendiri oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanap­un, hanya tiga wakil dari Sarawak menganggot­ai jawatankua­sa tersebut iaitu Abang Johari sendiri, Menteri Kerja Raya Baru Bian dan Peguam Besar Sarawak Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? SELAMAT DATANG: Abang Johari tiba diiringi Pengerusi AAS Cawangan Kuching Sarbjit Singh Khaira (kanan) untuk menghadiri Jamuan Malam Gala AAS Cawangan Kuching, kelmarin. Turut kelihatan, Menteri Muda Hal Ehwal Korporat Abdullah Saidol.
— Gambar Chimon Upon SELAMAT DATANG: Abang Johari tiba diiringi Pengerusi AAS Cawangan Kuching Sarbjit Singh Khaira (kanan) untuk menghadiri Jamuan Malam Gala AAS Cawangan Kuching, kelmarin. Turut kelihatan, Menteri Muda Hal Ehwal Korporat Abdullah Saidol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia