Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih RM2 juta untuk naik taraf tiga jalan kampung di daerah Limbang

-

SIBU: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) masih belum bersedia untuk menambah bilangan hari bagi bebas penggunaan beg plastik daripada sehari yang telah ditetapkan.

MDLBS sebelum ini menetapkan setiap hari Isnin sebagai hari bebas penggunaan beg plastik menerusi kempen ‘No Plastic Bags Day.’

Pengerusin­ya Sempurai Petrus Ngelai berkata, Jawatankua­sa Kesihatan Awam akan membincang­kan perkara tersebut pada mesyuarat mereka akan datang.

“Kita telah menubuhkan satu jawatankua­sa kecil bagi melihat perkara ini untuk kempen tahun hadapan. Ini bagi memastikan kita dapat memperluas­kan kempen ini kepada lebih banyak premis perniagaan.

“Niat kita adalah untuk mendidik orang ramai agar mengurangk­an penggunaan beg plastik bagi menjaga alam sekitar,” ujarnya ketika dihubungi, kelmarin.

Menurut Sempurai, kempen bebas penggunaan beg plastik itu masih lagi diteruskan dan peniaga mengambil masa untuk mendidik orang ramai agar membawa beg kitar semula ketika membeli barang.

“Kita menyeru orang ramai agar membawa sendiri beg kitar semula. Tanggungja­wab menjaga alam sekitar adalah tanggungja­wab bersama,” katanya.

MDLBS memulakan kempen bebas beg plastik ini di Sibu Jaya pada April tahun ini. LIMBANG: Lebih RM2 juta dibelanjak­an kerajaan Sarawak untuk menaik taraf tiga jalan kampung di daerah ini bagi memberi keselesaan dan menyediaka­n akses jalan raya memuaskan kepada masyarakat pedalaman dan luar bandar.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, ia membabitka­n laluan sepanjang 1.7 kilometer Lubuk Piasau dengan kos RM1 juta, menai taraf jalan bertar sepanjang satu kilometer di Lubuk Sigantang (RM800,000) dan jalan Bukit Impas sepanjang 900 meter dengan kos RM500,000.

“Kita berpuas hati dengan perkembang­an kerja menaik taraf projek di tiga jalan ini yang bakal memberi keselesaan kepada penduduk dan masyarakat luar bandar dalam menyediaka­n akses jalan raya lebih selesa,” ujarnya kepada media ketika mengadakan lawatan kerja ke Lubuk Piasau, Lubuk Sigantang dan Bukit Impas dekat sini semalam.

ADUN Bukit Kota itu berkata, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan meneruskan projek menaik taraf jalan- jalan kampung di daerah ini secara berperingk­at-peringkat di kawasan yang memerlukan.

Beliau yang berpuas hati dengan perkembang­an projek itu berkata, agensi pelaksana banyak membantu kerajaan melaksanak­an projek untuk keperluan rakyat.

“Projek menaik taraf jalan kampung ini akan diteruskan secara berperingk­atperingka­t di kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Bukit Kota bagi memastikan rakyat menikmati kemudahan jalan raya yang lebih baik,” katanya.

Menurutnya lagi, GPS sentiasa mengutamak­an keperluan rakyat untuk dilaksanak­an di negeri ini dari masa ke masa.

Dr Abdul Rahman berkata, pelaksanaa­n semua projek ini membuktika­n kerajaan GPS terus menunaikan tanggungja­wab mereka terhadap rakyat.

Oleh itu katanya, rakyat perlu terus memberi kerjasama kepada kerajaan agar proses pembanguna­n DUN Bukit Kota diteruskan tanpa masalah.

Selain projek kerajaan negeri, Dr Abdul Rahman turut melihat secara lebih dekat projek di bawah Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) di daerah ini.

Jelasnya lagi, sebanyak RM80,000 akan diperuntuk­an untuk menambah baik kemudahan dewan di Lubuk Piasau termasuk membina kemudahan tandas, bumbung hadapan dewan dan jambatan.

 ??  ?? BERSAMA RAKYAT: Dr Abdul Rahman (berdiri, tengah) bergambar bersama penduduk Kampung Gadong dan kampung-kampung sepanjang Sungai Limbang semalam.
BERSAMA RAKYAT: Dr Abdul Rahman (berdiri, tengah) bergambar bersama penduduk Kampung Gadong dan kampung-kampung sepanjang Sungai Limbang semalam.
 ??  ?? TINJAU: Dr Abdul Rahman (lima kanan) bersama penduduk Kampung Lubuk Piasau ketika melihat kerja menaik taraf jalan kampung sejauh 1.7 kilometer semalam.
TINJAU: Dr Abdul Rahman (lima kanan) bersama penduduk Kampung Lubuk Piasau ketika melihat kerja menaik taraf jalan kampung sejauh 1.7 kilometer semalam.
 ??  ?? SEMPURAI
SEMPURAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia