Utusan Borneo (Sarawak)

Tangani isu buli objektif utama Hari Kesihatan Mental Peringkat Miri

-

MIRI: Sempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2018 Peringkat Bahagian Miri, beberapa program akan dianjurkan dengan objektif utama menangani masalah buli dan membantu mangsa buli.

Program berkenaan ialah Forum Perdana bertajuk “Buli: Berani! Bangkit!” pada 6 November di Auditorium Pustaka Miri mulai jam 11 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Penyertaan terhad kepada 200 peserta dan masuk adalah percuma. Untuk daftar penyertaan sila layari http://bit. ly/rsvpforum.

Selain itu, pertanding­an poster bertemakan buli dan pemenang akan dipilih ber- dasarkan poster yang paling kreatif dan berimpak tinggi.

Pertanding­an ini terbuka kepada seluruh warga Miri, tiada had umur dan pemenang membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM250.

Sijil penyertaan turut disediakan.

Syarat dan terma boleh didapati di http://bit.ly/termposter manakala pendaftara­n di http:// tinyurl.com/miriposter.

Turut diadakan pertanding­an filem pendek yang berdurasi tidak lebih enam minit bertemakan buli.

Pelakon boleh terdiri daripada beberapa orang menggunaka­n bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

Keterangan lanjut boleh didapati di di http://bit.ly/ termshortf­ilm manakala pendaftara­n di http:// tinyurl. com/mirishortf­ilm.

Selain itu, pertanding­an sketsa bertemakan cegah buli menawarkan hadiah bernilai sehingga RM600.

Keterangan lanjut boleh didapati di http://bit.ly/termsketch dan http://tinyurl.com/mirisketch.

Semua program ini dianjurkan bersama jawatankua­sa Anang Buli Aku!, Hospital Miri, Mental Health Associatio­n (MHA), Pustaka Negeri Sarawak, Laman Minda dan Curtin University Sarawak Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia