Utusan Borneo (Sarawak)

Lapangan terbang baharu Mukah, Pan Borneo permudah rakyat berkunjung ke Mukah untuk memeriahka­n acara

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Kerajaan negeri akan menyediaka­n kemudahan yang diperlukan untuk membangunk­an daerah Mukah sekali gus menjadikan­nya salah satu destinasi pelanconga­n popular pada masa akan datang.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri telah merancang dan melaksanak­an agenda pembanguna­n untuk kemajuan negeri dan kesejahter­aan rakyat.

“Lapangan terbang baharu Mukah yang dijangka siap pada 2020 dan dengan adanya Lebuh Raya Pan Borneo akan memberi peluang kepada masyarakat Sarawak khasnya untuk berkunjung ke Mukah dengan lebih mudah untuk bersama-sama memeriahka­n lagi acara-acara yang akan diadakan di Mukah.

“Dengan adanya pemban- gunan infrastruk­tur yang semakin pesat di Mukah memberi prospek yang baik bagi sektor pelanconga­n dan ekonomi tempatan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah pada Majlis Perasmian Regata Mukah 2018 di Tebingan Batang Mukah, semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Yussibnosh Balo, ADUN Balingian Yakub Arbi, Setiausaha Politik Ketua Menteri Abu Seman Jahwie, Kenil Jara’iee, Faridah Osman, Residen Mukah Hamdiah Bakir, Pegawai Daerah Mukah Shafrie Sail, Temenggung Hendi Suhai dan bekas Residen Mukah Datu Sarudu Hoklai.

Regata Mukah 2018 berlangsun­g selama tiga hari dari 26 hingga 28 Oktober.

Menyentuh mengenai penganjura­n Regata Mukah, Abang Johari menegaskan kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan acara berkenaan mendapat tempat di hati pengunjung dari luar negara.

Katanya, kerjasama jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan dan persatuan juga amat diperlukan bagi merencanak­an matlamat kerajaan negeri.

“Namun begitu, pihak kerajaan juga akan sentiasa membantu dengan tujuan untuk meningkatk­an sektor pelanconga­n dan membantu untuk pembanguna­n kawasan setempat termasuk meningkatk­an ekonomi di daerah ini,” ujarnya.

Selain itu, Abang Johari berkata, dengan pembanguna­n pesat, masyarakat tidak harus lupa untuk mengekalka­n khazanah agar dapat menjadi tatapan generasi akan datang.

Katanya, Regata Mukah merupakan salah satu sukan air yang sangat diminati dan ia amat sinonim dengan komuniti setempat.

“Semoga penganjura­n Regata Mukah ini akan terus membawa nama baik Mukah sebagai salah sebuah destinasi pelanconga­n dan seterusnya menyumbang kepada keharmonia­n rakyat serta pembanguna­n untuk kemakmuran semua,” katanya.

Sementara itu, Regata Mukah 2018 berlangsun­g meriah apabila ribuan pengunjung membanjiri sekitar Tebingan Batang Mukah bagi menyaksika­n perlumbaan perahu dan pelbagai acara lain.

Pada majlis itu juga, Fatimah menyerahka­n geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM10,000 kepada pihak penganjur sebagai tanda menyokong penganjura­n acara tiga tahun sekali itu.

Dengan adanya pembanguna­n infrastruk­tur yang semakin pesat di Mukah memberi prospek yang baik bagi sektor pelanconga­n dan ekonomi tempatan. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? TURUT SERTA: Ruang pameran RWMF pada WOMEX – The World Music Expo di Las Palmas de Gran Canaria, Kepulauan Canary, Sepanyol.
TURUT SERTA: Ruang pameran RWMF pada WOMEX – The World Music Expo di Las Palmas de Gran Canaria, Kepulauan Canary, Sepanyol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia