Utusan Borneo (Sarawak)

PWDB anjur larian amal pada 24 November depan

-

KUCHING: Pertubuhan Wanita Daerah Bau (PWDB) akan menganjurk­an larian amal pada 24 November depan dengan peserta akan memulakan larian dari pekarangan Dewan Suarah Bau.

Pengerusin­ya Ator Nadeng berkata, larian itu bertujuan untuk mengutip dana pertubuhan dan membantu lima Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di daerah Bau.

Menurutnya, larian itu akan dibahagika­n kepada beberapa kategori iaitu veteran lelaki (6 km), veteran wanita (4 km), sekolah menengah dan sekolah rendah serta kategori pelajar PDK.

Semua peserta larian akan diberikan medal, manakala pemenang pertama, kedua dan ketiga bagi setiap kategori masing- masing akan menerima hadiah wang tunai RM100, RM70 dan RM50.

“Kami juga akan mengadakan aktiviti karaoke amal dan cabutan amal bertuah untuk semua mereka yang hadir pada larian itu nanti.

“Kami juga mengalu-alukan badan korporat untuk menaja baju-T percuma jika dan tajaan-tajaan dalam bentuk yang lain,” katanya.

Tarikh tutup pendaftara­n ialah pada 19 November dan setiap peserta dikenakan yuran RM50 seorang.

Pendaftara­n peserta akan bermula pada jam 6.30 pagi dan larian akan bermula pada jam 7.30 pagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Dato Henry Harry Jinep dijangka hadir bagi acara pelepasan peserta bersama Pegawai Daerah Bau Anielia Siam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia