Utusan Borneo (Sarawak)

KEMAS mempunyai banyak perancanga­n pada masa akan datang untuk meningkatk­an mutu pendidikan anak-anak

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Ibu bapa diseru agar terus menyokong institusi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sebagai institusi bagi mendidik anakanak mereka di peringkat prasekolah.

Pengarah KEMAS Negeri Sarawak Mohd Zamri Mustajap berkata, KEMAS mempunyai banyak perancanga­n pada masa akan datang untuk meningkatk­an mutu pendidikan di kalangan anak-anak prasekolah.

“Bagi pihak KEMAS Sarawak, saya ucap terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberi kepercayaa­n kepada KEMAS selama ini untuk mendidik anak-anak mereka,” ujarnya.

Zamri berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah KanakKanak Tabika KEMAS P.211 Lanang 2018 di sebuah hotel di sini, semalam.

Hadir sama Pegawai KEMAS Bahagian Sibu Napsiah Suhaili serta Penyelia Kanan KEMAS P.211 Lanang Bangi Mujap.

Menurut Zamri, pihak KEMAS menyasarka­n semua guru tabika KEMAS atau pemaju masyarakat memiliki sekurang-kurangnya diploma menjelang 2020.

“Selain itu, dari segi kokurikulu­m kita turut menitikber­atkan pengajaran bahasa Inggeris di peringkat prasekolah.

“Kita akan menghantar pemaju masyarakat ini berkursus secara intensif supaya mereka dapat mendidik anakanak dengan lebih berkesan,” jelasnya sambil menambah KEMAS juga tidak terkecuali dalam menuju abad ke-21 dengan menekankan aspek sains dan teknologi.

Dalam pada itu, Zamri mahu produk atau lepasan tabika KEMAS mampu mencabar anak-anak dari pelbagai kelas lain apabila berada di Tahun 1.

“Diharapkan apa yang telah dipelajari dapat diterjemah­kan dengan lebih baik apabila memasuki kelas-kelas sekolah kebangsaan,” katanya.

Zamri turut mengucapka­n tahniah kepada semua pemaju masyarakat yang telah berjaya mendidik anak-anak tabika dengan baik.

“Di KEMAS, kita bagi ‘multi skill’ kepada guru-guru di mana mereka bukan sahaja terlibat dalam aspek pengajaran sahaja tetapi merangkum keseluruha­n dari segi pendidikan dan kegiatan luar.

“Guru-guru juga menjadi pembimbing dalam bidang sukan, tarian dan sebagainya. Mereka ini juga terlibat dalam aktiviti-aktiviti kemasyarak­atan di kampung-kampung,” tambah beliau.

Seramai 315 kanak-kanak dari 34 tabika KEMAS di Parlimen P.211 Lanang menerima sijil dan hadiah semalam.

 ??  ?? TAHNIAH: Zamri (dua kiri) menyampaik­an sijil dan hadiah kepada seorang kanak-kanak Tabika KEMAS sambil diperhatik­an oleh Napsiah (kiri) dan Bangi (dua kanan).
TAHNIAH: Zamri (dua kiri) menyampaik­an sijil dan hadiah kepada seorang kanak-kanak Tabika KEMAS sambil diperhatik­an oleh Napsiah (kiri) dan Bangi (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia