Utusan Borneo (Sarawak)

Pelaksanaa­n ‘exit policy’ untuk memelihara sumber perikanan di negara ini

-

BINTULU: Jabatan Perikanan Malaysia akan memberikan pilihan terbaik kepada 2,630 pengusaha pukat tunda dalam pelaksanaa­n ‘exit policy’ untuk memelihara sumber perikanan di negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia Datuk Munir Mohd Nawawi berkata, di negara ini pukat tunda yang menggunaka­n saiz mata dengan ukuran 38 milimeter (mm) yang pada dasarnya untuk menangkap udang kecil bersifat menangkap semua termasuk ikan kecil.

Disebabkan sifatnya merosakkan sumber katanya, ‘exit policy’ dilaksana untuk pukat tunda Zon C iaitu Zon B ditolak ke Zon C sejauh 12 batu nautika keluar dari kawasan persisir pantai memandangk­an kawasan perairan pantai terutama di persisir 12 batu nautika merupakan kawasan produktif bagi pembiakan ikan.

“Bayangkan kawasan persisir pantai ini sekiranya dibenarkan untuk menunda, maka sampai bila-bila sumber perikanan kita pada masa hadapan akan berkuranga­n.

“Kita tidak menafikan ada orang luar (nelayan asing) menceroboh, tetapi kita sedaya upaya berusaha untuk menghalang bot nelayan asing itu daripada menceroboh dan menunda pukat mereka di perairan negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan para nelayan pada sesi dialog bersama komuniti nelayan Bintulu termasuk Kuala Tatau dan Kuala Nyalau sempena Program ‘Community Policing’ Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Perikanan Malaysia di Markas PPM Wilayah 5 Bintulu di Jepak kelmarin.

Munir berkata, pukat tunda merupakan peralatan yang tidak mesra sumber, ibarat jentolak di hutan menolak semua pokok hutan.

Di laut pula katanya, pukat tunda mengaut semua benda sehingga ke dasarnya menjadi padang jarak padang tekukur sama ada ikan kecil, besar dan batu karang.

Katanya, sesetengah negara melarang penggunaan pukat tunda, justeru dalam proses mengurangk­an penggunaan­nya, program ‘ exit policy’ dilaksanak­an bagi pukat tunda Zon B pada 2016, tetapi perlu mengambil masa yang cukup untuk nelayan sehingga terpaksa ditangguh kepada 2020.

“Pada masa sama, untuk nelayan terbabit kekal dalam zon itu, kita sedang melihat peralatan sama dengan pukat tunda yang memberikan hasil sama, tetapi tidak merosakkan sumber,” jelasnya sambil menambah sekiranya pengusaha tidak mahu menukar peralatan tersebut serta kekal di tempat yang sama di Zon B, maka mereka terpaksa tukar peralatan.

Beliau berkata, nelayan perlu menukar sama ada kepada kail, pukat hanyut dan sebagainya tetapi mungkin pendapatan­nya berkuranga­n berbanding penggunaan pukat tunda sedia ada yang mampu menjana hasil sehingga RM20,000 atau RM30,000 sebulan.

Alternatif lain katanya, pengusaha perlu beralih kepada Zon C, mengguna bot lebih besar, menukar peralatan dan sebagainya, namun sekiranya pilihan kekal dalam zon yang sama, pihaknya sedang melihat pukat sesuai digunakan tetapi memberikan hasil sama.

“Saya percaya penangguha­n kali pertama dan kedua dasar itu akan memberi kefahaman kepada semua pihak seluruh negara terutamany­a kepada 2,630 pengusaha pukat tunda yang terlibat di zon B men- genai ‘exit policy’ sebagai pilihan terbaik mereka,” katanya.

 ??  ?? RESPONS: Munir (kanan) menjawab soalan yang dikemukaka­n oleh komuniti nelayan. Turut kelihatan Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Datuk Zainal Abidin Kasim.
RESPONS: Munir (kanan) menjawab soalan yang dikemukaka­n oleh komuniti nelayan. Turut kelihatan Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Datuk Zainal Abidin Kasim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia