Utusan Borneo (Sarawak)

Program berbentuk pendidikan perlu kerjasama padu: Majang

-

BINTULU: Program berbentuk pendidikan memerlukan kerjasama padu bagi memastikan transforma­si pembanguna­n modal insan dan pendidikan di Sarawak berjalan lancar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Majang Renggi berkata, kerajaan Sarawak mengalu-alukan program berbentuk pendidikan bagi meningkatk­an kesejahter­aan pelajar serta melahirkan modal insan yang mampu menjadi pemimpin pada masa hadapan.

Katanya, usaha yang dilakukan secara muafakat adalah satu pendekatan yang membawa kebaikan kepada semua pihak.

“Petronas sejak sekian lama komited dalam melaksanak­an tanggungja­wab sosial mereka sebagai sebuah entiti korporat nasional dan pemegang amanah khazanah sumber asli negara terutamany­a terhadap agenda pendidikan, pembanguna­n dan kesejahter­aan masyarakat serta pemulihara­an alam sekitar di Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sentuhan Ilmu Petronas (PSIP) ‘Back to School 2018’ Peringkat Negeri Sarawak yang disertai 75 pelajar di Kelab Kidurong Bintulu semalam.

Hadir sama Pegawai Daerah Bintulu Mataip Sayu, Ketua Unit Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu Lau Siong Lee dan Penyelaras Unit Kokurikulu­m PPD Bintulu, Puyang Ngau Wan.

Majang berkata, usaha Petronas juga sejajar dengan sasaran Malaysia untuk menjadi sebuah negara teratas dunia dalam pelbagai bidang dan aspek.

Majang yang pernah bekerja di syarikat itu melihat pelbagai bentuk kejayaan telah dicapai melalui bentuk tajaan dan program-program pendidikan Petronas.

Justeru, beliau berharap anak-anak yang menerima sumbangan serta tajaan akan dapat mencapai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan dan menyumbang kepada pem- bangunan negeri dan negara.

Beliau menasihati para pelajar agar menggunaka­n peluang yang disediakan dalam program itu untuk menimba ilmu dan mengumpul pengalaman ke arah kejayaan.

Sementara itu, Pengurus Besar Strategi dan Perhubunga­n Petronas Pejabat Wilayah Sarawak Shamsur Taha berkata, sebagai sebuah entiti korporat yang bertanggun­gjawab serta pemegang amanah khazanah negara, Petronas sentiasa prihatin terhadap kebajikan masyarakat Malaysia.

Katanya, pelbagai inisiatif dilaksanak­an di seluruh negara menerusi program-program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yang berteraska­n tiga keutamaan iaitu Pendidikan, Pembanguna­n dan Kesejahter­aan Masyarakat dan Pemulihara­an Alam Sekitar.

“Sehingga kini, PSIP yang berteraska­n pendidikan dan peningkata­n kebolehupa­yaan telah memberi manfaat kepada 36,000 pelajar termasuk dalam kalangan anak jati negeri ini.

“PSIP merupakan satu komitmen jangka panjang Petronas dalam menjayakan inisiatif pembanguna­n pendidikan dan modal insan,” ujarnya sambil menambah program itu melibatkan para pelajar dari SK Bintulu, SK Sg Tisang, SK Bekenu dan SK Kuala Baram II.

 ??  ?? SUMBANGAN: (Dari kanan) Lau, Shamsur, Majang Mataip dan Puyang menyampaik­an beg sandang kepada murid simbolik Program Sentuhan Ilmu Petronas ‘Back to School 2018’ Peringkat Negeri Sarawak, semalam.
SUMBANGAN: (Dari kanan) Lau, Shamsur, Majang Mataip dan Puyang menyampaik­an beg sandang kepada murid simbolik Program Sentuhan Ilmu Petronas ‘Back to School 2018’ Peringkat Negeri Sarawak, semalam.
 ??  ?? SERAH TUGAS: Radin (kiri) menyerahka­n kertas kerja dan tugasan kepada Lau (tengah) di Sarikei kelmarin.
SERAH TUGAS: Radin (kiri) menyerahka­n kertas kerja dan tugasan kepada Lau (tengah) di Sarikei kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia